Jumaat, 20 September 2013

yay. bertambah lagi koleksi mekap!!!

 Hari ini,seorang ibu telah terlepas keluar menuju ke Jusco lalu dia merambang mata tengok barang mekap dan mengakibatkan kerugian wang ringgit. Haha




Tadi tinggal anak sekejap di bawah jagaan mak mertua dan adk ipar. Sebab kite nak pergi bayar bil Maxis kat Jusco.


Bayar bil kat Maxis 2 saat je, 2 jam selebihnya, berjalan sakan.


 Niat di hati , masuk Watson nak beli Mascara je, sedar-sedar macam-macam benda terbeli sekali. Opss tak sengaja



Paling best, rupanya Watson Jusco Wangsamaju (alpha angel) ni ada jual make up jenama Essence. Sebelum ni kite cume pernah dengar orang kata mekap dia sume best dan MURAH. Haku pun tadi, ape lagi, hampir tersembul biji mata ternampak rak display Essence ni haaa.






 Essence Illuminating Make Up Base
RM19.90

Saya ni ikutkan jarang nak pakai foundation bila keluar, so kenapa nak kena beli Make Up base bagai?
Dah tak guna tanya soalan macam tu pada diri sendiri, sebab dah beli pun barangnya.
Haha
Actually, ada masa, saya suka gak pakai-pakai foundation ni. Sebab nak feeling-feeling muka flawless.
So lepas ni, sebelum mekap, boleh la letak base dulu.

Untuk yang tak tahu apa fungsi make up base ni, ia membantu mengekalkan kegebuan bedak dan mekap kat muka anda yaw. Kalau bernasib baik, tak perlu nak touch up sangat bedak !




walaupun harga berpatutan, base make up ni dalam bentuk pump gitew.
Tak nak kalah.
And tekstur dia adalah ringan, tak melekit. Best!




 Kebetulan, saya tengah cari eyeshadow kaler natural untuk kegunaan harian.
(Ahh.....tetibe semua nak kebetulan itu, kebetulan ini.)


 Bertemu pula dengan 4 serangkai ini melambai-lambai daku dari kaunter Essence

Essence Quattro Eyeshadow
kod 05 : To Die For
RM15.90




Terus test kat mata sendiri sesudah sampai di rumah.
Memang best sebab tak berhabuk.
Lepas tu kaler die lekat elok kat kelopak mata
(time ni saya tak pakai eye primer atau base make up pun di mata)
(abaikan muka pucat melekit baru balik dari Jusco tu)

Memang TO DIE FOR betul kaler ni!!
BEST

 kebetulan memang tengah nak carik berus eye shadow ponn..
PANGGG!!

Nampak sangat menipu.
Kau tau deknon macamana ahkak boleh terbeli eye shadow brush ni pon tak tahu la.
Sedar-sedar kat rumah,check plastik, ada benda ni!

halaaa 
masa ahkak belek-belek brush tadi,lupa nak letak semula kat rak dia.
Sedar-sedar terbayar dan terbawa pulang.
Dah jodoh, nak buat cemana. 
HAHA




Terima dengan hati terbuka je la.
Padahal dah melambak eyeshadow brush ahkak kat rumah!

Essence Eye Shadow Brush
RM6.90


Haaaa? Terbeliak biji mata jap.
Berus ni dah la comel, kaler purple pulak tu, RM7 je.
Ok, sekarang baru bersyukur dia ada jodoh dengan saya tadi!
pon boleyyyyy



 Alamak sorry, gambar terbalik
Malas nak rotate
So yuols sila rotate kepala sendiri atau terbalikkan laptop anda!

Essence Kajal Pencil
RM4.90


Oleh kerana ini kali pertama jumpa Kajal Pencil yang murah, maka saya pun jadi Pagal (gile) sekejap.
Beli 4 batang terus, puas hati Mak Enon!






dari atas:
Essence Kajal Pencil kod 15-BEHIND THE SCENES (kaler silver gelap)
Essence Kajal Pencil kod 08- TEDDY (kaler dark brown)
Essence Kajal Pencil kod 04 - WHITE (kaler putih lawa)
Essence Kajal Pencil kod22- TAUPE ME! (tak tau kaler ape ni)

yang bestnya, smooth je bila pakai. Kaler dia pun terang, tak payah nak tonyoh banyak kali.
Macam krayon. Best!

So siapa yang selalu tanya saya, kat mana nak dapatkan eyeliner putih (untuk lukis di waterline bawah mata), boleh dapatkan jenama Essence ni. RM4.90 je sebatang. Yay i loike







 Revlon Colorstay Foundation - Nude
RM49.00

Harga kat watson RM59.00, tapi kat Guardian RM49.00 so i beli kat Guardian sebelah tu je.heee
Ni 1st time nak pakai foundation ni.
Teruja beli jenama ni sebab ramai review kata bestt.
Harap-harap dapat muka flawless macam Che Ta. Kbye.








 yang ini pun barang mekap yang tak pernah ada.
Concealer
Haha
nak type pon rasa nak gelak
Rajin kah daku untuk pakai concealer lepas ni?
menutup lingkaran hitam bawah mata dan parut jerawatttt!


Essence Coverstick kod 04 TRUE NUDE
RM10.90







comel sangat.
macam lipstick

agak-agak lepas ni rasa bosan dengan semua warna lipstick koleksi peribadi, oleskan saja concealer ini sebagai lipstick trend terkini.
hoho.
bibir jadi pucat baq hang.







 Maybelline THE ROCKET VOLUME MASCARA
RM32.80


haaa..ni la punca kenapa saya masuk Watson tadi tau.
Dia ni la punca kite beli barang mekap yang takde dalam list tu.




saya beli mascara ni sebab ramai yang kata best

biasalah, orang kata best haku pun nak try.
pengaruh rakan sebaya?
TAK JUGAK.

just nak test je, apa yang best sangat sampai semua orang suka betol pakai mascara roket ni?
berbulu pulak aku dengar ..hahha tak pasal!



wow
terus suka mascara rocket ni.
pengaruh rakan sebaya! YA!
haha

ok, mata belah kiri pakai mascara roket, yang kanan tu tak pakai mascara
and langsung tak pakai eyelash curler tau.
tu pun pakai 1 coat je sebab tak sabar kan, lajulaju aku sapu mascara tu. Laju macam roket. ahhaha



hasilnya...



Kelasss...meroket terus bulu mata ku yang tak lentik tu!







ps: puas hati haku. dapat beli barang mekap walaupun bukan barang berjenama. sebab kite ni jarang pakai mekap, so berbaloi la beli mekap dengan harga camtu. Heee









jap, just nak share dengan yuols.
kalau nak foundation yang memang full coverage kan, pakai lah Naturactor.
Memang tebal tapi effect lawa.
Hanya sesuai untuk photoshoot ye.
Kalau nak pakai harian rasa tak sesuai sebab tebal, block pori-pori kang berjerawat pula.
Setiap kali nak cuci memang kena pakai 3-4 helai make up wipes remover.

dalam pic atas tu saya mekap sendiri.
sebab takde sape nak mekapkan kite
i iz sad
hahahha

eh tapikan, ada je Naturactor yang tiruan tau.
Dan my 1st Naturactor adalah yang tiruan. huwaa sedinya.
Dibeli dengan harga original pulak tu.
Masa tu Naturactor baru nak up.
Kite pun eksaited tonyoh banyakbanyak and berminyak gila-gila muka.
Kite ingatkan berminyak tu normal and boleh jadi lawa.
Tapi daku butakan hati, selamba je teruskan pakai buat pergi fotoshoot (dengan muka berminyak)
Kemudian, bila terbaca review orang lain psl naturactor, ramai kata "muka tak berminyak sepanjang hari" and i was like hahhh? 
muka tak berminyak sepanjang hari ko kata??
habis muka aku ni, peluh, minyak menitik-nitik membasahi pipi.
Pastu terus beli yang original punya, dan comparekan dengan tidak ori.
Memang jauh beza. 
terus campak jauh-jauh naturactor tak original yang berminyak tu. I hate u.






Tiada ulasan: