Jumaat, 29 November 2013

lawatan ke Zoo Negara bersama suami dan anak

 Biasa kalau benda tak plan, mesti akan jadi dengan elok sekali. Haha. Banyak kali da benda yg dah plan, tapi tak jadi. sobsobs

So kali ni, masa tengah berborak-borak dengan suami, tetibe kami terasa nak pergi ke Zoo Negara. Oleh kerana Zoo Negara dekat gila dengan rumah, maka, memang KENA pergi! Masing-masing setuju nak ke sana semalam (khamis).

Ummi Irdina ni macam biasa la, kalau besok nak ke mana-mana, malamnye mesti pening-pening nak pikir baju apa. Dah decide, letak kat tepi so besok terus pakai.  So ummi pakai sama dengan anak, POLKADOT.




Tak semena-mena, terlebih excited, konon besoknye nak bawa sekali la botol air baru ni dari Pumpkin Patch. Konon kalau dahaga kat Zoo besok, leh minum-minum. Malam tu dah siap standby letak tepi beg pun. Hampeh, last-last boleh lupa pulak nak bawa sekali. HAHA.


Macam biasa, bangun pagi tu, sambil masak makanan irdina (utk bekal), anak sarapan roti dulu. Kemudian mandikan dia, kemudian kite pulak bersiap sementara ayah jaga irdina.

Tepat kul 10 pagi! dah siap semua. 

Pukul 10.05 pagi dah sampai depan Zoo Negara. Gulp. HAHA. Dekat hokay. Kalau rasa nak merasa perjalanan jauh sikit, awak boleh la berjalan kaki, ataupun pusing pusing dulu kawasan perumahan 5 kali. HAHA.







Yay.. teruja tau kita. Sebab dapat bawa anak pergi Zoo.

Waktu operasi Zoo Negara ialah 9 pagi sampai 5 petang.

Kami sampai kul 10 pagi tu kire memang paling awal la. Masih lengang lagi. 

Seronok tau, rasa ada privacy je kite dengan haiwan. Haiwan pun tak pening nak layan pengunjung terawal macam kami. 




 Ok, harga tiket RM30 dewasa (kena tunjuk mykad), kanak-kanak kite lupa pula berapa bayaran.

Tapi tiket untuk bayi adalah FREE.




"Tiket untuk saya FREE? Boleh datang hari -hari tak ummi??"



 Walaupun tengah cuti sekolah, tapi waktu pagi memang takde orang. 

Agaknya tengahari sikit mesti dah start ramai orang dan parking mesti full.

So kite suggest uols kalau nak datang sini bawa anak, datangla seawal yang boleh.

Lagipun, bestnye kalau datang awal, boleh tengok haiwan baru bangun tidur. Mesti korang nak tengok muka gajah belum mandi kan...kann...

kbye




Kat sini ada provide Tram / Train 
Kalau rasa penat berjalan, boleh la naik.

Tapi sebab kami masih fresh lagi, dan cuaca sangat redup dan sejuk lagi, kami bercadang untuk berjalan kaki saja.

Haiwan pertama yang kami jumpa pagi tu, Zirafah!

Zirafah dalam gambar tu, dia tengah jilat tiang tau. Tu mungkin teknik die berus lidah dia. Yela, pagi-pagi yuols, takleh gosok gigi, gosok lidah pun boleyyy.




 Paling lawak, Irdina.
Mula-mula dia tak perasan tau zirafah depan dia tu adalah binatang!
Dia pun cam rileks je muka takde perasaan "apa yg ummi dan ayahku cuba sampaikan? nak buat apa kite berhenti di sini?"

sekali dia nampak zirafah tu bergerak, haaaaa terkejut dia.

Irdina ni memang penakot orangnye, kucing pun dia takot sangat-sangat. tu yang kami saja je nak bawa dia ke Zoo biar dia tengok rupanya banyak lagi haiwan yang lebih besar dari kucing.





Gajah baru bangun tidur.

Dia joget-joget senaman pagi dulu dengan kawan dia. 

Pastu dia pun breakfast g makan rumput tepi-tepi tu.

Masa dia nak makan rumput tu, gajah tu macam cuba berjalan ke arah Irdina, macam biasa la, budak ni panic, menjerit ketakutan.
HAHA

padahal jauh lagi.




Ni pulak Harimau Putih.
Baru nak mandi.

Kan dah kata, datang Zoo pagi-pagi buta memang boleh la tengok diorng baru bangun tidur. HAHA

Hebat tau dia berenang. Dah la mata dia kaler biru, tak pakai google pon.






 Irdina rileks je duduk sandar camtu.

Ye la, biasa ummi ayah bawak jenjalan pegi shopping mall je.

Kali ni bawak pegi Zoo pun dia duk rileks je tak berapa teruja. Mungkin dia ingat ni kedai mainan bersaiz besar kot.

>_<








Masuk ke zon Savannah Walk. Ada Zebra, Zirafah, Badak dan monyet-monyet yang disatukan dalam satu padang yang lapang. Macam dalam cite Madagascar la kan.

Memang takde orang pon.

So kerusi pun banyak, maka, kite stop sekejap sambil suap makanan Irdina yang kite dah masak siap-siap pagi tu. Makan berdepan dengan haiwan-haiwan tu. Nasib baik diorng tak terliur tengok bubur Irdina. 






 Yayyy

Akan dibuka!

Pameran Beruang Panda.

Tau tak, bangunan baru ni besar gila tau!!! siyes besar macam shopping complex. tak sabar nak tunggu Panda-panda tu dah sampai KL nanti.
Nak datang melawat sambil bawak buah epal.
Hoi, ingat melawat orang kat hospital ke???


Kemudian kami ke Ape Centre pulak. 






Ni orang utan kan?
 Tau tak, dia ni DIVA sangat. 
Dah la duduk kat tengah-tengah buai tu, lepas tu orang semua amik gambar dia kan, dia diam je pandang kamera.

Duk statik je kat buai tu.

Kawan-kawan yang lain semua dah bergayut jauh-jauh.

like a boss ek ngko ni!






 Pukul 11 pagi ada animal show.

Syok la sebab dapat duduk, pastu banyak kipas, boleh la hilangkan peluh sekejap sambil tengok pertunjukan.

Irdina paling eksaited.
Menjerit suka. Yayy





 Kat tepi pentas ni ada gerai jual air, popcorn, waffle, makanan ringan sume la incase uols nak tengok sambil makan kan.

Kite duduk situ sambil minum air ribena dan beli roti share dengan Irdina.








Animal show tu dalam 40 minit gak la

seronok tengok kepandaian singa laut tepuk tangan, makan ikan, main basketball, merajuk taknak makan ikan kalau semua orang tak tepuk tangan, lompat lompat..heheh



Pukul 12 balik.

Sebab cuaca macam dah start panas tapi still redup.

syok gile!

Bayar parking RM5.50 yaww


Masa kami berjalan menuju ke kereta nak balik, barulah orang mula ramai.
Haha.kitorang bertiga buat muka puas hati je kul 12 dah habis beramah mesra dgn haiwan dalam zoo. 



Alhamdulillah seronok sangat dapat habiskan masa dengan suami dan anak.

Kadang tu, tak perlu percutian atau destinasi jauh-jauh, 
g berjalan depan rumah pun dah best.

Hehe







ok entry zoo dah habis..


eh jap, nak tumpang iklan sendiri kat blog sendiri...BOLEH??











Kepada warga UKM bangi atau penduduk kawasan Bangi dan sekitarnya, 

saya dan team Prinsesa by NurulAin akan buka booth jualan di UKM bangi, bertempat di Bangunan Pusanika, bermula isnin ni 2 disember hingga jumaat 6 disember.

Kat sana nanti kite akan jual pelbagai barangan menarik termasukla wide shawl (macam kite pakai dlm entry ni),glitter shawl, tie dye palazo, tie dye jubah dress, palazzo cotton, palazzo chiffon, army tops, dress, jubah, bagssssss (bag yang kite pakai dlm entry ni pon ada jual skali nanti).

dan banyakk lagi


diskaun ada?

MESTILAH adaaaa..


antara diskaun hebat, dapatkan Wide Shawl dengan harga serendah RM12 sahaja (normal price RM24)

okla. cakap banyak tak guna, jumpa kat sana!

dan oh ya..


dapatkan FREE TUTORIAL dari saya tau di sana nanti!!

saya ajar sampai korang jadi terer, lilit shawl takyah tengok cermin la pasni masing2 kannn.

take care!

Tiada ulasan: