Isnin, 11 November 2013

RESEPI MAKANAN BABY



Beberapa hari lepas, ramai pulak kawan-kawan yang membincangkan topik "anak saya sekarang dah pandai memilih makanan", "saya baru suap 3 kali, dia dah tak mahu makan" dan lain-lain.

Fuhh..

Alkisahnya Nur Alya Irdina, mula memilih makanan sejak 2-3 minggu yang lepas. Oleh kerana saya ni memang surirumah, jadi, setiap hari memang akan masak bubur dia. Menu biasa dia sejak berusia setahun ni, nasi yg lembut (atau lembek. eh cane eja? lembek ke lembik),ikan goreng, atau isi ayam goreng, dengan sup sayur dan ayam atau sup sayur dan udang atau apa-apa je la yang boleh dijadikan lauk, sesuai dengan jumlah gigi dia yang baru ada 5 batang tu. Heh.


Biasa kalau dah buntu sangat, masak je bubur yang dah letak skali dengan lauk dia, tapi bubur tu saya akan buat kering sikit. 

So last week, Nur Alya Irdina kadang makan 4 suap je *nangis*. Ok, bukan dia yang nangis, tapi ummi dia. Haha

So caranya, saya bagi dia makan dengan kerap. Sedikit, tapi kerap. Macam pagi sementara saya masak lunch die, dia akan duduk sekali kat dapur (duk kat high chair nengok kartun) sambil makan honeystar dia. Pukul 10 atau 11 pagi dah settel masak terus bagi dia makan. 8 suap? Ok. No Problem, nak. Tengahari tidur. Pukul 2 atau 3 petang bangun, sambung balik makan. Biasa, lepas bangun tidur ni memang dia akan makan lebih sikit. So saya andaikan, yang sebelum tidur tadi tu dia makan sikit, bukan sebab dia tak suka makan, tapi sebab dia mengantuk ataupun dia nak main-main. Petang, makanla buah ke roti ke. Malam makan lagi. Camtuuu.


Tapi, bila anak dah mula makan sikit, kite mak-mak terus panic. Terus google resepi.

Haritu kite try buat PASTA GORENG untuk Irdina, memang licin dia makan. Sampai tak cukup pun. HAHA. 






Ni rupa Baby Pasta tu tau. Brand Heinz
Kite beli kat COLD STORAGE
Harga tak ingat pulak sebab beli dulu time Irdina 8 bulan kot. Lama dah.


 Comel sangat.
Bentuk dia kiut je senang nak masuk mulut baby.
Oh by the way, kalau gune pasta ni, rebus banyak pun tak apa.
Sebab dia tak mengembang sangat pon. Tak macam pasta biasa tu.



CARA-CARA MEMBUAT BABY-PASTA GORENG 

1.  Rebus baby-pasta sampai masak. Masa rebus tu kite masukkan sedikit olive oil supaya pasta tu berkilat dan tak melekat.

2. tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. (tumis pakai olive oil naaa)

3. masukkan ayam, carrot, celery dan goreng sampai masak.

4. masukkan pasta dan letak sedikit garam (kalau anak dah makan garam). Dah siap boleh hiaskan dengan daun sup.


Ni rupe dia.
Mak Irdina makan sekali, tu yang jadi tak cukup tu. Haha

Lepas ni nak try buat pasta baked cheese pulak. Kalau menjadi, i akan share resepi tau, mak-mak sekalian.

Yang pasta goreng tu,kalau nak adjust menu tu pun boleh, ayam tu ganti kan dengan udang ke, sosej ke, boleh je. Macam kite aritu takde celery, kite letak sawi skit. Haaa.. sedap2


Irdina makan sampai habis, terharu ummi!
Terus teruja macam nak konvo.

ehh tetibe..hahhaha


Tau tak, setelah 2 tahun baru kite pergi tuntut balik gambar KOnvo kite HAHAHA


daripada Irdina belum ada, sampai dah setahun jagung dah pun dia, baru nak tengok gambar konvo sendiri.

Nasib baik orang kedai tu tak buang!!!





yahuuu dah konvo (2 tahun kemudian punya reaksi, masih teruja, gile)


hahhaa





syukur sangat, dapat membesarkan anak depan mata....
hmm..
insyaAllah anak-anak.





 Irdina baru baik selesema ni. 
Sepanjang pertumbuhan 5 batang gigi dia sebelum ni, alhamdulillah memang dia tak pernah demam pon.

Tapi kali ni agak mencabar sikit la, sampai demam sekejap, selesema. Tapi aktif je macam selalu.
sebab nak tumbuh 2 batang gigi atas sekaligussss. yahuuuuuuu!!
Berkuat ya anak. Dah ada banyak gigi, nanti boleh makan Meatball Ikea





"hmm.ok ummi..so besok apa menu makanan saya"


























* google resepi baby lajulaju *






oh sebelum saya terlupa, ORANG-ORANG JOHOR DAN SINGAPORE, JANGAN LUPA UNTUK DATANG MEMERIAHKAN BOOTH COSMODERM, DI PLAZA ANGSANA, EVENT BERMULA DARI 14 HINGGA 17 NOVEMBER 2013. 10 pagi sampai 10 malam.

saya pun akan berada di sana pada 16 November, Sabtu.

20 orang Pembaca blog yang nakkan hadiah percuma dari Cosmoderm dan hadiah percuma berupa Wide Shawl/Bawal Glitter dari Prinsesa by NurulAin, boleh la datang sekali ye sabtu nanti. Saya akan berada di sana dari jam 12 tengahari sampai 2 petang.


Tiada ulasan: