Rabu, 30 Januari 2013

Diari Irdina : Edisi Genting Highland (mohon percaya, ini entry banyak gambar)


 24 Januari 2013

Saya bangun awal. Ummi mandikan dan siapkan saya macam selalu. Lepas mandi saya baring dengan ummi. Saya tak tahu pun haritu hari cuti sebab saya masih bayi. Bayi comel macam saya mana amik port pasal cuti. Bagiku, hari-hari pun cuti, dapat berkepit bawah ketiak ummi saya.

Ayah bincang-bincang dengan ummi. Saya diam je buat muka kesian. Harap-harap mereka bawa saya keluar berjalan-jalan.

Ummi datang ke arah saya. YESS! ummi pakaikan saya baju lawo. Siap kasut hi-cut lagi kau! eh bukan "kau". Bayi tak elok cakap kasar. Bye! Ummi dan Ayah nak bawa saya berjalan-jalan hari ini!




Masuk kereta saya diam dan senyum je buat muka comel lagi. Memang muka saya dah comel tapi haritu saya behave sangat. Sebab saya suka surprise. manelah ummi dan ayah saya nak pergi ni kan? awak tahu tak?






 ok. saya nampak salji (tetibe).

its a kabus (saya terdengar perbualan ummi saya, dia tu nampak kabus pun teruja sampai bergema 1 kereta!)





tapi tempat tu berpusing-pusing. taknak pening, saya tidur dulu di riba ummi saya.

sampai je destinasi terus saya bangun buat muke comel lagi!

tapi saya terkejut. 10 minit je dah sampai Genting Highlands dari rumah wan dan nanny saya. Dekatnya! patutla ummi dan ayah kemain buat ad-hoc plan.




Lepas parking kereta, ayah saya set up kan stroller, ummi saya pakaikan jacket. walaupun sudah pukul 1.30 tengahari, kabus sangat tebal dan saya begitu sejuk. Terasa macam kat London pulak mcm aritu. Mase saya dalam perut ummi dulu, saya dapat rasa jugak laaaaaa. Jangan main-main tau!!



  Sekarang ummi dan ayah pula berebut nak bergambar dengan saya. Tahulah saya k-pop pakai cenggini. Tapi i suke bergambar dengan mereka!



 aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hehe. propa kan saya?
saja test suara kat sini.
hmmm
nyaring nya sama macam berada di bawah, lah!




 saya suka duduk dalam stroller. sebab melihat muka ayah atau ummi saya pun sudah buat hatiku tenang.
kadang-kadang mereka berdua berebut hulur muka ke arah saya sampai terhantuk-hantuk kepala mereka. Ibu bapa memang teruja macam ini ke? ^_^




 sudah pukul 2 petang.
sepatutnya waktu tidur saya ini.
tapi tak apa. mereka beriya bawa saya keluar berjalan-jalan, jadi nanti-nanti je saya tido.
kalau saya tido, kecik hati mereka pulak.
bahhaha




 sejuk. lagipun topi tu dah tutup mata saya.
bagaimana saya nak lihat kabus??



 ok.terima kasih ummi kerana betulkan topi saya.
sekarang saya dah bertenang.







 ummi dan ayah plan nak ke indoor theme park.
tapi jauh pula.
maka mereka patah balik.

lalu kami bertiga melepak saja di luar.
pukul 2 petang berjemur.
nasib baik sejuk. 
kalau kat bawah tu berjemur pukul 2 petang habisla garing saya ini!

ayah saya cakap suhu pada masa itu ialah 18 atau 19 darjah celcius!




 hai ummi.
tak habis lagi ambil gambar saya?





 Ayah dukung saya sekejap. Bagi panaskan badan saya.
sementara tu ummi duk tepi makan keropok.

ummi saya memang kuat makan sejak menyusukan saya ni.
saya kuat menyusu, ummi saya kuat makan.
ummi kena makan banyak lagi tau, supaya pipi dan lemak saya semakin padat!
terima kasih ummi ku





Mesti ramai yang nak tanya pasal mainan bintang hijau saya tu.
Itu mainan pertama ummi dan ayah belikan untuk saya.
Ia mengeluarkan bunyi yang mampu menenangkan bayi seperti saya!
Bunyinya merdu sekali. Kalau awak nak, sila suruh ummi ayah awak belikan tau!


 Ahhh ummi saya ni suka buat sepah.
Naseb baik reti buang dalam tong sampah sebelum kami beredar.








Saya sangat gembira!
Melihat ummi dan ayah terlompat-lompat buat saya tersenyum!



 BFF

Kasut kami semua dibeli di Primark.
Ummi dan ayah punye kasut berharga 4 pound
kasut saya 3 pound
murah kan.


 ini keluarga saya
keluarga bahagia
sayang ummi dan ayah!

pukul 3 lebih kami pulang.
sebab ummi saya asyik mengadu lapar.
lagipun saya mahu tidur.
malahan hari dah nak hujan



bagi chance la ummi saya posing sorng2 sebelum pulang
(waktu ni saya tgh tidur dalam keta. ahha tak turun bawah pun lagi dah tido)


 ummi saya tengah lapar boleh pulak nampak lori ada gambar makanan!!




kami sekeluarga pun balik rumah dengan sangat gembira!



ps: ke mana pula ummi dan ayah saya nak bawa saya berjalan lepas ni? jengjengjeng!!

Ahad, 27 Januari 2013

MELULUR-LULUR DENGAN BEDAK RAMBAI DAHLIA!

(ENTRY DITULIS PADA 23 JANUARI. TAPI 27 JANUARI BARU PUBLISH. APAKAH??)

Hari ini anak dan ummi berdua sahaja di rumah. Suami outstation ke Kuching. Sedih sebab berjauhan (sekejap).

Untuk merawat sedikit hati yang sedih, jom pergi melulur badan kejap, sementara anak sedang tidur main-main!


Dah ada anak kecik, susah sikit nak ke SPA etc. Jadi, mak-mak muda yang bijak macam kite-kite ni kena jadi kreatif sikit. Lulur kat rumah pun bolehhhh. Kejap-kejap jengah anak. 



(with flash)
NYums..teringat durian crepe. tetibe.



Bahan-bahan yang diperlukan:-

1) Beberapa paket Lulur Bedak Rambai Dahlia.
2) Air secukup rasa  (kalau rumah tengah tak ada air, jangan mengada nak melulur time tu pulak!).
3) Segenggam tenaga untuk menyental daki-daki.
4) Secubit senyuman.

Cara penyediaan:-

1) Basahkan badan dengan air secukup rasa.
2) Lumur Bedak Rambai Dahlia ke seluruh badan.
3) Gunakan senggengam tenaga untuk menggosok secara lembut dan berulang kali. Tumpukan di kawasan terlindung seperti peha, ketiak,belakang leher dan lain-lain yg dirasakan perlu.
4) Bilas dan mandi seperti biasa.
5) nahhh sekarang barulah masa untuk menggunakan bahan terakhir iaitu secubit senyuman pasal badan dah halus dan bersih macam bayi!


Kelebihan Lulur Bedak Rambai Dahlia:-
- melembutkan kulit
- menghaluskan kulit
- menghilangkan parut 
- menghilangkan kesan gelap di badan
- mengurangkan penyakit kulit (cth jerawat & panau)
- mengurangkan bau badan




Yayyy...settle berlulur di rumah. Sangat mudah dan murah.




1 paket (150 gram) = RM8.00 sahaja.

Biasanya untuk melulur 1 badan, gunalah 2 atau 3 paket. kalau tak habis 1 paket pun takpe boleh simpan sbb tu saya rasa packaging 150g sepeket sangat jimat. :)






Sebarang pertanyaan dan pembelian sila hubungi:-

Puan Dilla
wassap  : 017 277 5324
Cash On Delivery: Area Klang & Shah Alam


Paling penting, tiada bahan kimia dan 100% bahan semulajadi

SELAMAT MELULUR!!


Selasa, 22 Januari 2013

entry mak-mak sangat!




Ramai yang bertanya saya "bagaimana pengalaman handle baby yang fully BF sewaktu keluar bersiar-siar?"

Haaa . Nampak sangat bila ada orang desak suruh buat entry, barulah terkial-kial kita ni nak menulis. Sorry wa pu che tau!





Pengalaman pertama membawa Irdina keluar adalah ke Ikea. Mula-mula dia sedang tidur dalam stroller. Bila Ummi dan ayah baru nak start makan, dia pun start engine untuk nangis. Ummi standby bawa botol susu, hulur kat mulut dia, langsung dia tak mahu. FINE. MEMILIH.

Ummi berlari ke nursing room. Sementara tu ayah makan seorang diri laju-laju. Ummi dan irdina kembali semula ke meja. Irdina masih menangis. Ayah pula dukung Irdina. Ummi makan lajulaju. Laju sangat sampai 4 ketul meatball tak sempat nak habiskan sebab rupanya Irdina mengamuk sakan! Berlari la ummi membawa stroller menuju ke ayah dan Irdina. Pendek kata, status : FAIL!




Lepas cubaan kali kedua dan ketiga akhirnya berjaya keluar membawa bayi tanpa perlu panic-panic. Usaha berhasil! Ummi dia kaki jalan, so memang kena train anak juga supaya bertenang ketika berada di dalam stroller.


Oleh kerana Irdina ni fully breastfeed dan TIDAK mahu minum melalui botol, maka banyak benda perlu dipikirkan dan dibawa sebelum  kemana-mana. Baju pun sekarang bukan semua baju boleh pakai untuk keluar, kena pakai baju yang senang nak menyusukan anak. Tapi saya tak beli pun baju khas utk BF sebab sudahla mahal, design tidak cantik pulak tu.

Bila dah jadi ibubapa ni, perkara penting ketika berjalan-jalan ialah NURSING ROOM. Supaya mudah bayi nak salin pampers serta selesa untuk ibu menyusukan anak.


(nursing room pavillion. selesa tapi panas takde aircond)




Berikut ialah senarai tempat awam yang menyediakan Nursing Room.


Kedah
1. Tesco Mergong
2. Pacific (Tandop)
3. Tesco Sg.Petani Utara (dlm kwsn playground dkt food court)
4. Tesco Sg.Petani Selatan (dkt toilet dan surau - kwsn foodcourt)
5.Tesco Kulim (dekat toilet& surau.sgt selesa dan baru)
6.Tesco StarGate,Alor Star (dekat kedai2 luar tu.selesa jugak.tp kalau pintu kunci,kena ketuk2 sbb selalu cleaner bangla tesco mengular kt situ.hampeh tul)

Pulau Pinang
1. Jusco Queensbay Mall, penang (baby stuff area, dkt brand Cuddles)
2. Tesco, Penang (dekat bilik salin lampin berdekatan Popular.tgkat atas sekali)
3. Mydin Hyper Bukit Jambul, Penang (dekat food court basement, skali dgn tmpat salin lampin)
4. Jusco Perda, Seberang Perai
5. Sunshine Farlim
6. Tesco Extra Seberang Jaya (tingkat atas, bdekatan surau)
7. Tesco Extra Sungai Dua (sebelah surau)
8. Sunway Carnival, Seberang Jaya (dalam Parkson-bahagian kanak2)
9. Gurney Plaza (dalam Parkson-bahagian kanak2)
10. Gama (Bahagian kanak-kanak)
11. Parkson Prangin Mall ( Bahagian kanak-Kanak)
12. Giant Bayan Baru (tingkat atas, dekat surau, skali tempat salin lampin)

Perak
1.    Aeon Station18
2.    Aeon Kintacity
3.    Bukit Merah Laketown resort
4.    Tecso Extra Ipoh
5.    Tesco manjung,kampar,sri iskandar
6.    Mydin Mall Meru

Selangor
1. sunway pyramid
2. parkson
3. jusco (semua jusco ade)
4. tesco
5. the gardens
6. Giant (xsemua ade)
7. Mydin USJ
8. Metrojaya
9. subang parade
10. Carrefour (xsemua ade)
11. the Mines (Level 5)
12. Tropicana City Mall PJ (sangat selesa)
13. Paradigm Mall Kelana Jaya (10/10)
14. Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
15. Setia city mall, setia alam...(ground floor, blakang kedai jual brg herba jepun..kalau x silap)

Kuala Lumpur
1. ikea
2. ikano
3. Sogo
4.Wangsa Walk,Wangsa Maju'
5. Alamanda Putrajaya
6. Midvalley
7. One Utama (New Wing)
8. klcc (cane leh tertinggal ni..huhu) (the best)
9. the gardens jugak
10. the curve
11. jusco cheras selatan..
12. jusco wangsa maju
13. The Curve
14. Sg wang (pakson, tempat brg2 baby)
15. Bangsar Shopping Center
16. KL Festival City - each floor got baby room & not 1 but more than that 
17. Isetan
18. pavillion
19. bangsar village 1 & 2
20. hartamas shopping centre @plaza damas
21. Pusat Sains Negara
22. Times Square (tingkat 5 wing B)

Negeri Sembilan
1.jusco seremban 2
2.tesco extra seremban 2

Melaka
1. Jusco ayer keroh (jusco baby department)
2. Mahkota parade
3. tesco cheng
4. Mydin MITC
5. Jusco bandaraya

Johor
1. jusco Tebrau (jusco baby department)
2. giant (xsemua ada)
3. tesco Seri Alam (berhampiran foodcourt)
4. Tesco Tebrau (tingkat 1, berhampiran kaunter pertanyaan - menghala ke toilet)
5. Tesco Plentong
6. Tesco Kulaijaya
7.Plaza Angsana
8.Sutera Mall
9.Kluang Mall
10.kluang parade (dlm parkson)
11. Batu Pahat Mall (dlm pacific)
12.Muar - supermarket wetex- 
13. immigresen
14. Jusco Permas Jaya

Pahang
1. east coast mall
2. kuantan megamall

Terengganu
1.mesra mall
2.mydin mall

Kelantan
1.kb mall (dlm pasific-dkt dgn tpt jual baju baby)
2.Tesco (dkt dgn surau.)
3.kbmall (baby's room dkt ngan washroom berhampiran cityjaya)

Sarawak
1. Kuching
- Parkson @ The Spring
- Parkson @ Riverside

Sabah
1. parkson @ 1Borneo
2. Metrojaya @ Suria Sabah




sumber dari SINI



Tapi Nursing Cover perlu dibawa kemana saja juga. Sebab takot baby menangis lapar time kite tak sempat nak berlari ke Nursing Room. Especially bila kite sedang makan, agak susah nak terkial-kial mencari nursing room yang entah berada di level berapa. So cara paling senang ialah ini!


 First nursing cover saya ialah brand Autumz. Sangat susah nak pakai. sebab kain terlalu lembik (itz a lycra!) so susah nak jengah anak di dalam. Malahan kain yg panas, i need to kipas2 my baby sementara dia sedang berada di dalam! Pendek kata, saya tak sukakan ia!!

RM45.00 beli di Manjaku wangsamaju




Sekarang saya gunakan nursing cover comel ini. Dipanggil Peek-A-Boo Nursing Cover Oh begitu memudahkan! Sebab senang nak jengah baby. Senang bagi anak lihat muka kita. Biasalah bayi, kalau tak nampak muka emaknya, pasti akan menjerit panic!

Malahan boleh digunakan kedua2 bahagian ..depan (bercorak) dan belakang (plain)..Material cotton yg tak panas. Dan sangat senang digunakan. Pendek kata saya suka! walaupun seperti apron, i dont care tau. paling penting, menutup keseluruhan!!

RM40.00 (beli di booth jualan sempena Fab Baby Bazaar di Publika)








  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  •   Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.






Alhamdulillah Nur Alya Irdina cinta hati saya dan suami ni dah berusia 3 bulan 6 hari dengan berat 6.1kg

I LOVE YOU, ANAK!


Selasa, 1 Januari 2013

koleksi gambar 1 bulan hingga 8 bulan kihkihkih!

 1 BULAN





Al-kisahnya macamana boleh tahu saya pregnant adalah ketika nak mintak dokter ubat untuk cepatkan period sebab masa tu saya nak pergi menunaikan umrah..so kalau boleh sepanjang kat sana nak berada dala keadaan suci. rugi la kan dah sampai sana sekali terperiod pulaksss,  so nak buat amal ibadah pun tak puas.

Masa tu tunggu punya tunggu period tak mari-mari. Saya langsung tak expect pregnant sebab takde pening-pening, pitam-pitam macam 1st pregnancy dulu. Last-last dah nak dekat tarikh flight, saya dah risau sebab masih belum jumpe dokter lagi nak amik ubat period tu, check2 tengok laaaaa sudah berisi rupanya!

Syukur alhamdulillah...belum sampai ke tanah suci lagi Allah dah makbulkan doa saya untuk "langsung tak period" sepanjang berada di sana, malahan selama 9 bulan!!

Dan kat depan Kaabah sepanjang masa saya berdoa. Berdoa, pandang Kaabah dan tangan pegang perut saya, semoga Allah lindungi baby tu sampai dia lahir..sekurang-kurangnya bagi saya peluang lihat dia dulu.......Pada yang pernah baca entry saya tentang kandungan pertama dulu, tahulah mengapa saya berdoa sedemikian.





2 BULAN

 Ingatkan perut tak berapa nampak lagi. Tapi ALAMAK, kantoi.

Jadi model baju pengantin namun sudah berisi. Haha. Perut buncit, terpaksa tahan napas!!




3 BULAN




4 BULAN


  hee.masa ni pun hanya kawan2 terdekat sahaja yg tahu saya pregnant.
orang lain sume langsung tak tahu...lalalla




5 BULAN


yepp

ini adalah gambar pregnant pertama yg saya letak di FB. setelah 5 bulan merahsiakan dari orang ramai!

ramainyaaaa terkejut.
hahha
siap 750 org like.

selama 5 bulan lebih ni saya cume letak gambar muka saya je. 

ikutkan , bila dah tahu saya pregnant je terus nak bagitahu semua org. nak berkongsi kegembiraan dengan semua.
tapi tak boleh.
sebab saya bukan diana danielle
hahaha


Lagipun kan sblm ni saya pernah keguguran masa pregnant 2 bulan lebih.lebih.so rasa taknak excited lebih mula2...


 1st time shoot for Butik Edast!


 Berjalan ke Singapore!!


6 BULAN

 iftar with sunsilk and bloggers and scarftlet



shoot for Anggun Zara!




7 BULAN

 ya!
7 bulan barulah perut saya nampak besarrrrr
hahahhaha

posture badan sumpah dah ke laut, tapi rezeki irdina, tetap dipanggil jadi model.
model pun duduk je pulak tu..
oh my!!



 hari raya!!!


 irdina dah pegi paris!
wiwittt



8 BULAN



saya.gemuk.tahap.kritikal!!


lepas tu lahirlah Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq




ahhhh ...

manisnya 2012


ps: sepanjang saya mengandung dulu, ramai yang teka baby saya ialah baby boy, sebab saya suka sangat bersolek. Malam nak bersalin tu pun sempat lagi study mekap tutorial kat Youtube, kelasss tak kelasss kau!

tapi tekaan anda salah. hahaha..rupanya yg keluar iz a baby girl!!












.