Khamis, 28 Februari 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!





20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.


Alhamdulillah, saya kini lebih kuat semangat. InsyaAllah apa jua rintangan akan hadapi dengan matang dan versi typical mak-mak. Gitu. 



2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 


Betul. Betul. Rindu saat kehamilan! Rindu pagi-pagi bangun tidur terjerit-jerit sebab kaki cramp, suami kelamkabut bangun urut-urut kaki, isteri pergi sambung tido balik! Rindu dari pregnant 6 bulan ke atas dah tak buka almari sendiri, hari-hari pinjam baju suami  :)






3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan 

jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

Benar. kini Irdina yang kejutkan saya bangun tido. Huuu. Terima kasih, anak!




4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.


Tak kesahla jika anda ibu yang bersalin secara normal atau operation, tak kisahla jika anda bapa yang masuk sekali ke dalam wad bersalin atau tidak, ketika sudah bergelar ayah dan ibu, anda pasti akan faham dan sedar betapa bersyukurnya dikurniakan ibubapa masing-masing.




5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..


Ya. Lebih-lebih lagi ketika mengalami situasi di ENTRY INI




6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)


:) - senyum sinis




7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.


Benar. Lebih-lebih lagi kes video maid pergi banting anak majikan tempoh hari. Saya tengok video tu dengan kaki-kaki menahan rasa nak tendang je maid tu. Lepas tu terus takut nak carik kerja dulu. Rasanya, saya perlu besarkan anak sekejap kemudian barulah mula mencari kerja. Zaman sekarang tak sama macam dulu. Zaman sekarang ramai orang sakit mental. Luaran nampak okay, tapi jiwa tak okay.

So tunggulah Irdina besar sikit baru saya mula cari kerja. Tapi kalau Irdina besar sikit pastu ada adik pulak? Maka, hold dulu cari kerja,tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah rupanya Irdina pun dah besar panjang.Haaaa masa tu barulah boleh carik kerja.. untuk irdina! haha



8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.


Betul. Tengok cermin sambil tanya dalam hati "takkan takde yang sama muke Irdina dengan muka aku ni...asik-asik orang kata kopipes ayah dia." mata ke atas, tangan dibahu.




9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

Makin dia tak berak, makin kite risau. Siap bagi sokongan lagi Irdina, poopoo la sekarang ye. Please. Please. Please. 





10- Kita akan lebih menghargai diri kita.


Dah jadi mak bapak, kena hargai diri. Sekarang tak boleh bawak kereta macam peleset. Sekarang tak boleh minum coke 5-6 botol. Sekarang tak boleh buang masa pergi tengok running man,sebab 1 jam tu banyak perkara boleh dibuat. Sekarang tak boleh nak malas-malas nanti Irdina piat telinge. Sekarang perlu menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri sebab ada anak dan suami yang sentiasa perlukan kita :')





11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.


Saya bekerja dari rumah. Namun akan ada masa saya perlu meeting di luar. Biasanya saya tak akan cium Irdina lama-lama sebelum keluar rumah sebab takut rindu! Yang pasti saya akan cepat-cepat balik ke rumah setelah selesai tugasan. Dah takde nak lepak-lepak window shopping ke hape. Nahi kabhi nahi!





12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


terus rasa Puas hati aku - bunyi macam marah, tapi sebenarnya puas hati dapat tengok anak berhenti menangis.




13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.


Buat masa sekarang ni, Irdina belum ada gigi. Kita kira rambut dia dulu la. 




14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.



Memula rasa susah jugak nak ke mana-mana bawa anak kecil. Lebih-lebih lagi anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya. Tapi mana boleh nak salahkan anak pulakkk.. Macamana awk rasa skrg, macam tu la mak awk rasa dulu tau. Haaa...Takkan nak keluar-keluar perut je dah terus boleh jalan sendiri? haha..So marilah kita semua menjadi ibu bapa yang lebih matang. Yang mana kita rasa susah tu, ikhtiar sampai ia menjadi senang. InsyaAllah tak akan ada perasaan terbeban atau yang sewaktu dengannya.Malah akan rasa bersyukur diberi peluang melalui saat-saat macam ni dalam kehidupan kita.




15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.



Tapi ada juga ibubapa yang tak paham. Haritu Irdina baru pas cucuk 3 bulan kat klinik, opkos la dia menangis. Tapi ada 2-3 mak bapak pandang sinis je kat saya yang tengah pujuk-pujuk anak. Dalam hati saya cakap "ish..pandang..pandang...tak apa..jakg turn anak kau kena inject, tengokla cmne kau handle anak kau nangis hahaha" Tengok tu, marah dalam hati pun boleh ketawa sinis!




16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


Betul sangat. Dah takyah nak body scrub sangatla. Dapat mandi time anak tidur kejap pun dah bersyukur tau!




17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!



Irdina petang-petang suka jalan luar rumah. Disebabkan dia suka jerit sebab excited, maka satu kawasan perumahan keluar jengah tengok dia. 
Fineeeeeeee dina, fine!





18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


Blog terabai (kadang-kadang), DVD korea bersusun tak tengok lagi, shopping baju sendiri dah jarang (banyak shopping baju anak je hew hew hew), bateri fon selalu taknak cas (nasib baik suami tetiap malam sblm tido dia tolong caskan esknye bateri da penuh letak sebelah kite balik. auwwww thnks suami). 

Hmm..banyak sangat benda yang tidak lagi penting selepas ada anak. Tapi ingat, dalam keterujaan baru dapat anak,janganla abaikan suami pula. Tak baik tau. Jagalah syurga kita sebaiknya. kerana, syurga kita ada di kaki suami masing-masing!



19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


eh ni yang tak setuju ni! mesti la sayang. dia baru 1 bulan cinonet dalam perut, kita dah cakap-cakap dengan dia. walhal kita sendiri tahu pada masa tu dia belum ada nyawa lagi. ...so bila dah lahir, pastilah kita sayang anak itu. anak itu anak kita. darah daging kita. kalau orang lain yg melihat bayi pun rasa sayang, inikan pula kita sebagai ibubapanya. giteww..ain dah marah..ain dah marah..pergi masuk tidur sekarang! hahaha





20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!



irdina muka terkejut.
kejutan betul ni!
hahah
(erk...Irdina...ada...SELULIT??)








.

Ahad, 24 Februari 2013

Antara benda penting semasa berpantang

Hai pantang!

Oleh kerana ramai rakan sebaya yang baru lepas bersalin, masih lagi dalam proses berpantang, maka daku hadiahkan akan dikau, sebuah entry yang bijaksana lagi berinformasi.

Bersalin dan dapat bayi. Yahoo..Seronok!!. Tapi ramai tak suka tempoh berpantang. Mengapakah hal ini terjadi?? Dah la 44 hari...kenapa tak genapkan saja jadi 45 hari? Atau mungkin 44 jam je? Gitu. Pergilah tanya orang tua-tua. Daku masih muda!

Saya akui, benda paling tak best lepas bersalin ialah dalam proses nak menjaga jahitan. Sebab kalau sakit, kita nak uruskan baby pun tak ada mood. Maka, ibu-ibu, sangat penting untuk menjaga jahitan mu pfffftt!

Oleh kerana jahitan saya agak lama nak kering (dah seminggu lepas bersalin pun masih rasa sakit), maka, saya betul-betul tak selesa!!



Untungla semasa minggu kedua berpantang, saya balik ke JB. Masa tu tak sengaja, terberkenalan dengan Manjakani Hygiene Wash. Terserempak dengan dia kat bilik air mak. Lama duk dalam toilet sebab nak belek dan baca tulisan kat botol tu!

Firms (Anjal), Lightens (cerah), Soothes (reda), Cools (nyaman)

Yes yes yes! Kandungan manjakani, kacip fatimah, sirih, aloe vera dan vitamin E yang terdapat dalam pencuci ni juga membantu sembuhkan luka bersalin!

LULUS. Gitu. siap lulus kauuuu ha!

Dalam masa seminggu je luka bersalin dah baik! Alhamdulillah. Paling best, terasa segar sepanjang zaman. Haha. Zaman berpantang!


Paling best sebab botol dia jenis pump. Mudah je tak perlu nak tuang ke terbalikkan ke hape. 



Walaupun berkenalan masa pantang haritu, namun daku tetap gunakan ia sehingga kini.






Si comel berada dalam botol 50ml.
 Bawa masuk ke dalam handbag dan jadi la wanita paling nyaman dan segar sepanjang zaman!








Untuk lebih efficient menyembuhkan luka bersalin, sambil pakai manjakani hygiene wash Cosmoderm tu, saya juga menggunakan gel di bawah ini...


Gel solcoseryl ni boleh dibeli di mana-mana farmasi.

Setiap kali lepas buang air kecil / besar, cuci dengan menggunakan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm, kemudian keringkan (pastikan KERING BETUL2), kemudian sapu tempat jahitan dengan gel ini.

Jangan takut. Memang takde effect pedih. Rasa sejuk je sebab ia adalah gel.

Memang membantu!


So bakal-bakal mak semua, dalam sibuk-sibuk menyediakan barang-barang keperluan baby, jangan lupe juga sediakan barang keperluan diri sendiri tau. Penting!!



And one more....

Yang paling saya suka, masa zaman berpantang dulu, lepas mandi air daun yang disediakan oleh ibu mertuaku yg baik hati tu, saya pasti akan sapu seluruh badan dengan losyen mustajab pati halia.

Sebab nak rasa segar sepanjang zaman.

Bau halia, serai, limau purut yang sedap tu betul-betul membuatkan kite tenang. Lagipun, masa berpantang adalah masa untuk kita berehat. So, sila nikmati saat berpantang dengan sepenuh jiwa dan raga okayy!

Saya terpaling suka bila tukang urut datang rumah. 
Walaupun kena urut adalah sakit, tapi lepas tu badan akan rasa lega. 
Tidak mungkin kita dapat memiliki tukang urut itu, tapi sudah pasti kita dapat memiliki Losyen Mustajab di rumah!!



so kengkawan, sebelum tidur, boleh la sapu-sapu kat perut, badan, kaki sambil suruh encik suami urut-urut dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia dengan haruman Jasmine.

Selain membuat badan lebih rileks dan tenang, bau Jasmine juga mampu membuat tidur kita lebih tenang tanpa terkena gigitan nyamuk!





Ingat, masa berpantang adalah masa untuk badan kite berehat sepenuhnya!




Ummi, nak tips kuruskan pipi!





ps: ramai yang bertanya, losyen mustajab boleh hilangkan gigitan nyamuk ke? Jawapan:  Losyen Mustajab Pati Halia dengan haruman Jasmine mampu mengelakkan badan dari terkena gigitan nyamuk atau serangga. Masuk hutan bawak lah ia sekali. Nescaya harimau pun tk berani nak gigit. Haha Eh aku melawak je la.Harimau bukan serangga hokey. Dia haiwan.

.

Sabtu, 23 Februari 2013

Irdina si Jantung hati Ayah dan Ummi

 19 November 2012 adalah tarikh pertama kali Irdina checkup selepas dilahirkan. Sebab masa tu Irdina berusia sebulan. Ummi dan ayah teruja bawak Irdina pergi klinik, dengan harapan semuanya ok dan baik-baik sahaja.

Bila dokter check heartbeat Irdina berulang kali sambil muka berkerut, ummi rasa nak pitam. Dalam hati ummi berkata janganla ada apa-apa masalah. Ummi pegang kuat-kuat tangan ayah masa tu untuk dapatkan kekuatan sebelum mendengar penjelasan dokter, sebab ummi tau...mungkin ada benda yang tak kena.


Dokter kata bunyi heatbeat Irdina tak normal. Seakan-akan ada masalah disitu. Dokter suruh ummi dan ayah bawa Irdina ke Pakar Puteri Ampang esoknya untuk buat scan details pada jantung.



Malam tu...Irdina tengah tidur, Ummi nangis kuat-kuat, kamu ingat tak? ok tak ingat sebab irdina tengah tido kbye. Ummi nangis sambil minta maaf pada Irdina, kalau mungkin apa yang jadi kat kamu adalah salah ummi. Kalau boleh taknak hari esok, taknak tau apa-apa penjelasan dari dokter sbb ummi takut. Takut penjelasan dokter tu hanya akan buat ummi dan ayah sedih.

Malam yang terasa sangat panjang tu, ummi google semua simptom penyakit jantung. Ummi wassap kawan ummi seorang bakal dokter dan mintak pendapat dia. Tanda paling ketara untuk bayi yang ada penyakit jantung ialah KEBIRUAN...tp alhamdulillah Irdina tak biru, cuma gebu.


Ummi selongkar laci dan cari semula report detailed scan 4d semasa Irdina dalam perut ummi lagi. Setiap kali scan 4d memang tak nampak apa-apa lubang di jantung kamu. Ummi tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, masa  scan 4d tu memang tertulis yang jantung irdina takde masalah. (ps: kawan-kawan yg sedang mengandung, SANGAT PENTING untuk buat DETAILED SCAN tau sebab masa tu dah boleh detect keadaan bayi terutama sekali JANTUNG. Kalau bajet lebih, buat setiap bulan pun tak apa untuk kandungan 26 weeks keatas)


Lepas kemas-kemas beg Irdina, ummi tenung muka kamu. Dalam-dalam. Sambil menangis. Rasa bersalah. Rasa nak tukarkan jantung ummi ni kepada Irdina. Begitulah perasaan seorang mak, ibu, ummi, mama, mommy, amma, appa..ehhh kalau dah amma, amma je la ape nak amma appa sekali.hahaha




Pagi 20.11.2012

Ummi siapkan Irdina. Risau tapi control ayu. ehhh tetibe! Tak ah..apa nak ayu ayu dah...Risau iz risau ok. Berdebar. Sepanjang on the way ke Ampang Puteri tu, hati berdebar-debar.





Nur Alya Irdina umur 1 bulan




Ummi pun tak tahu kenapa bercelaru hari tu.
Irdina pandang ummi? 
mesti nak cakap sesuatu...
"ummi..lek ar...celaru-celaru pun janganla pakaikan topi mcm tukang kebun"

maafkan ummi, anak.
pada masa tu ummi main amik je topi apa yang ada.
ummi tak dapat berfikir betol2

hahahaha hal topi pun jadi masalah!










Lepas habis scan jantung sume...jumpa semula dgn dokter..

Dokter sahkan ada lubang kecik kat jantung Irdina. Lubang antara atrium kanan dan kiri jantung wujud bagi semua janin dalam setiap kandungan. Sepatutnya lubang tu tertutup apabila bayi tersebut dilahirkan, tapi dalam kes Irdina, lubang tu tak tertutup.

Dokter bagitahu, semua simptom penyakit jantung berlubang tiada pada Irdina. Lega. Alhamdulillah syukur.

Antara simptom2 baby yang ada jantung berlubang ialah kerap biru-biruan, tercungap-cungap ketika menyusu, bunyi nafas yang kuat, berat badan yang semakin berkurangan dll dah tak ingat apa dokter cakap.huuu

tapi tanda-tanda tu semua alhamdulillah tak ada pada Irdina.

Malahan, dokter sahkan, lubang tu terlalu kecik, ada kemungkinan akan tertutup sendiri atau tidak tertutup langsung. Tapi hasil scan tadi dokter ada nampak tisu-tisu dah mula nak tutup lubang tu. ALHAMDULILLAH

Walau bagaimana pun, dokter suruh jugak datang pada bulan depan untuk melihat semula keadaan lubang pada jantung Irdina.

So ummi assume, oleh kerana Irdina lahir pada 38 minggu, so mungkin jantung Irdina belum lagi fully developed. Bila dokter jelaskan yang sudah ada tisu-tisu nak tutup lubang tu, ummi lega sangat-sangat.



Checkup Irdina bulan kedua.
Dokter kata heartbeat Irdina sudah bunyi normal.
Alhamdulillah

so tak payah la nak ke Ampang Puteri lagi.
sebab agak mahal kat situ.huuu

Tapi utk ibu-ibu yang ada anak sakit jantung ke apa, saya mmg rekemen anda ke Ampang Puteri dan berjumpa dengan Dr. Nomi.
 Sangat friendly dan layan patient (budak-budak) dengan sangat baik. Siap bagi personal number phone lagi kat kite so that kite tak panic kalau ada apa-apa jadi kat anak semasa berada di rumah!



Irdina, muka dah nak sama besar dengan muka ummi.
BFF sangat!


Membesar dengan sihat ya, anak!






Putih-putih melati, merah-merah delima, mykid alya irdina warna merah jambu yuuu!

 Hari ini ibu bapa bertekad nak pergi luangkan masa ke JPN Sri Rampai untuk tuntut hak kami. Tetibe. Pergi tuntut Mykid anak yang sudah lama siap.

Sambil tu, pergi ajak anak posing dalam kereta dulu.









Oleh kerana Mykid anak dah lama siap, maka suami hanya turun dan kembali semula ke kereta dalam masa tak sampai 10 minit.
Kalau cepat macamani, pergi amik Mykid hari-hari pun aku rela. Tetibe.



Suami masuk kereta. Hulur kad pink!

Si Ummi teruja. Macamlah kad dia.




terus amik gambar MYkad berposing dengan Losyen Mustajab Haruman Rose yang warna pink jugak.

serasi bersama.




Oleh kerana cepat sangat Mykid anak siap, ibubapa pergi melepak sebentar di Carefour Wangsamaju.

Melepak sambil bawa anak sebenarnya membawa kebahagiaan.kemainnnn.

Lagi-lagi tengok anak muka bulat bahagia baring gelak-gelak dalam stroller, asal nampak henfon je automatic teruja siap angkat-angkat kaki!


 one, two....


terujaaaaa!!

=.='



anak aku...oh anak aku....




sambil jalan-jalan window shopping, ummi pergi tambah stock Losyen Mustajab.

Pakai berdua dengan suami tapi cepat betul habis.

Suami letak 2 botol dalam kereta.

ALASAN: 1 botol utk standby time main helikopter takot kena gigit nyamuk..1 botol lagi standby masa main  badminton takot terseliuh pinggang.




apa jua alasanmu, aku terima.









 one, two...terujaaaaaaaaa !!!!



ps: besok sabtu yahuu...apa aktiviti besok ye selain dari tidur sepanjang hari tiga beranak. blerghhh bosan gile. 
Tu bukan aktiviti okay..itu aktifbetulkau!


.


Khamis, 21 Februari 2013

KISAH KAU, AKU DAN STROLLER

Ini kisah pada suatu petang, bila suami balik kerja, nampak muka isteri dan anak yang bosan seharian duduk dekat rumah.

Suami pun ajak dating, pergi minum petang yang tidak dirancang.

Akhirnya sampai di Wangsawalk Mall, pergi try minum petang Binjai@KL. Walaupun nama Binjai macam tak berapa komersial, asalkan ada KL di belakangnya, sudah meyakinkan pffft.

(kuatkan radio..kuatkan radio...tetibe lagu najwa latif)


Suami jalan satu tangan tolak stroller, satu tangan pimpin isteri. 

Isteri perlu dipimpin...... kalau tak, suami toleh je dia HILANG..toleh je HILANG...kalau terjumpa pun, kat kedai jual shawl...takpun kat kedai baju...tak pun tengah diri depan TV kedai DVD sambil tangan peluk tubuh saja buang masa macam datang sorang-sorang pergi melepak kat situ. Kena tarik telinga baru tau!

Beg tangan mak-mak sangat!
ada mainan anak
ada kain lap air liur anak yang suka buat mulut buih-buih tapi tetap comel!



 Anak baru sahaja tidur.
YES! YES!
tidur lama-lama sikit ya.
ummi dan ayah kamu nak dating sambil makan macam style zaman bujang dulu.
makan satu suap, stop, tgk muka pasangan, kembali makan, gelak-gelak hati berbunga-bunga.
haaa...sempat hati tumbuh bunga tu betapa slow motionnya makan zaman bujang dulu!

Tapi kalau anak dah terbangun, ibu bapa makan 4 kali suap dah habis 1 pinggan.
laju kan?



 Cendol Buah-buahan ni sedap tau.
Lepas ni nak order 2 mangkuk terus.
1 untuk saya, 1 untuk saya jugak.
Suami?
ok la ok la, suami jamah sikit je.

hahaha



 dengar tak tembikai, jagung, laici, ketulan ais memanggil-manggil nama anda?









ok sekian sahaja minum petang kami.


















hahaha..tak dapat la minum petang makan Cendol je...



nahhh..sekali order Nasi Kukus Ayam Berempah

ni baru perut yang besar namun tersipu-sipu tak malu.

eh?

hahahha



 nahhh suami pun join kite jugakkk..dengan hasil pesanan Nasi Goreng Kampung

Ni namanya makan petang.

sekian.






malam tu saya makan lagi dan lagi. tengahmalam lapar lagi.

perut saya kini tidak lagi kenal erti kenyang.


KENYANG? apetu? watsdet?


haha...

hanya ibu-ibu yang menyusukan anak secara ekslusif je yang akan paham perasaan TAK KENAL ERTI KENYANG seperti daku.






 Alhamdulillah...Nur Alya Irdina dah 4 bulan...

berat sekarang ialah 7.2kg

hasil penyusuan badan yang ekslusif
syukur Alhamdulillah rezeki Irdina.



Muka dah kenyang untuk beberapa minit!




ps: Salah satu tips mengekalkan keharmonian rumahtangga ialah berdating berdating dan berdating.
 Dah, habis baca entry ni terus cakap kat suami "bang esk dating jom!"

sebab, walaupun hakikatnya setiap hari mengadap muka suami di rumah, namun bila ada peluang berdating, makan berdua di luar dengan suami, banyak cerita yg boleh di kongsi sambil-sambil nak tunggu makanan sampai (make sure baby tido dulu la.hehhe).
Masa tu suami boleh cerita perihal kerja (cth: i dapat PA baru muke macam erra fazira je.)
Masa tu isteri boleh cerita perihal rancangan Astro (cth: Jericho Rosales nak datang Malaysia banggg!)

Walaupun setakat makan cendol tepi jalan, asalkan dapat spend masa bersama suami, rasa macam makan beef steak di hotel. 
Motif nak beef steak?

 ala.dah lapar dah sekarang!



















Ahad, 17 Februari 2013

Percutian bersama keluarga yang bermakna

Hai semua. Bagaimana cuti raya cina anda tempoh hari? Adakah OK atau KO ? haaa teruk sangat tu sampai KO pulak cutinya.

Percutian kami kali ni sangat best. Berkumpul dengan seluruh adik beradik saya. Walaupun bercuti di Shah Alam saja, tapi, asalkan emak kami yang comel tu ada, pun sudah bahagia.

Terima kasih emak, sanggup drive dari JB ke KL untuk bertemu dengan kami semua di sini (nangess)  :')


 Saya hidangkan gambar pertama dalam entry ini dengan gambar hidangan - bukan gambar hiasan

Air tangan emak, siapa boleh lawan?

bak datang laaaaa
(tetibe)


simptom tetibe ni macamana ek sebenarnya?
macam tetibe je jadi tetibe
kbai



Ahhhh berkumpul seisi keluarga.
apa yang lebih menyeronokkan dari perkara ini, kawan-kawan?

^_^



melihat anak-anak buah berlumba makan alat permainan.
sungguh mencomelkan



melihat wajah gembira emak di depan mata
sangat menenangkan
(lunch di Big Brother, seksyen 7 shah alam)



melihat Kyra Sabrina memakai swimming suit sambil berenang-renang manja di air biru,
paling seksi, seksi sekali (lirik lagu Mulan Jameela)



Beramai-ramai lepaking di Setia City Mall.
terus jadi meriah tempat tu.
berseri-seri raya cina tahun ni! 
GONG XI FA CAI


3 generasi 
yang penting, ilebiu mereka berdua ini.




adik lelaki yang susah nak jumpa.
jumpa pun time cuti je.
cecehh cite mcm budak ni belajar kat oversea je kan?
padahal study dalam malaysia je

haha
biasalah
kekangan masa seorang pelajar
ahhh bosannye ayat aku kat caption gambar budak alip ni!

nexttttt



melihat Afia memakai tudung fesyen terkini.
The Next Top Hijabista
gigit pipi nak??




Anak buah yang paling tua, Shapik
dah besarnye dia
dulu kecik tapak tangan je.
ehh over lak kan...haha
Shapik bakal jadi abang bulan 5 nanti!
yahuuuu



Berkinect depan TV
tak keluar pergi mana-mana pun tak apa.
Siap ada battle of the band lawan menari.
Lawan boling dan dart dan golf.
semuanya di dalam rumah.
Bahagia bukan?

Dah penat bersukan depan TV beramai-ramai, legakan otot dengan Losyen Mustajab Pati halia haruman Jasmine
berupaya juga untuk menghalang dari gigitan serangga especially nyamuk.
naseb baik dibawa bersama sepanjang percutian 2 hari ini!


di Setia City Mall
Aie, Afia (ada dalam carrier tu haa), kak Husna, Emak dan Shafik



eh macam berterabur je gambar-gambar dalam entry ni.



Punyalah eskaited masing-masing sampaikan tak ada langsung gambar beramai-ramai.

sebab masing-masing sibuk menggunakan masa yang ada sebaiknya.


Dengan tamatnya cuti raya cina, masing-masing sudah pulang ke sarang.

sarang apa?

saranghae.

sekarang sudah rindu untuk berkumpul semula.

harap dapat plan lagi percutian sebegitu!







hai kawan-kawan, 
mari saya kenalkan kawan-kawan dengan kawan saya!

1


2


3





HAGEMARU




ps: hoi hoi...besok isnin...baju keje suami belum iron lagi. cepattttt bertindak!