Jumaat, 29 Mac 2013

Cantik!

Anak dah tidur. Suami pergi main futsal. Sekarang mak-mak kena luangkan masa untuk diri sendiri.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghabiskan masa style emak-emak:

Gelas Hello Kitty berisi air sejuk. 
Losyen Mustajab.
Biskut.
Buku belajar cara mekap




Ok sekarang dah boleh hiburkan diri sendiri.
Haha.




Well, sebenarnya, buku Cantik dengan sentuhan ZulFazli Suhadi ni saya dapat sebagai hadiah dari krew HIJABISTA masa dijemput untuk buat talk di booth mereka semasa Karnival Karangkraf tempoh bulan (not tempoh hari haha).



Teruja gila dapat belajar mekap dan info-info pasal mekap dalam buku ni. 
Terbeliak-beliak mata bila selak-selak page buku tu. HoVER KAU!

 Eh alamak.
terbalik pulak uploadnye!




 Kelasss kau.
Mak Dara pun nak cantik.
Kak Ton mana Kak Ton??









 Aha. Ini sangat menarik. Solekan mata yang menawan kalebu. Pasni boleh try and error di mata sendiri!
*kelip-kelip mata*



















Dan tiba-tiba saya terbaca info yang patut saya share dengan uols kat sini.

Haaa suka tak suka tak??



TEMPOH TAMAT ALAT SOLEK

3-6 bulan :  Maskara

3-8 bulan : Concealer, pencuci muka, foundation (krim/liquid), moisturizer

1 tahun : Blusher, eyeshadow, lipgloss, lipstick, bedak tabur (loose powder la kan?) compact powder, toner dan serbuk pengilat (apetu??)




ALAT SOLEK YANG HARUS DIBUANG


  • - Pensel celak dan bibir cepat berkulat jika terdedah, dengan itu segera tutupkan setiap kali selepas digunakan untuk mengelak kulat.
- sebarang alat mekap berbentuk cecair yang sudah bertukar warna.

- mascara yang sudah kering.

- bedak debu (loose powder) yang sudah berketul-ketul.

- terlalu lama menggunakan set berus. Sentiasa gunakan yang baru dan bersih.

- span, berus dan sebagainya, gunakan yang baru setiap kali menggunakannya. Paling singkat setelah dua atau tiga kali digunakan.


dengan itu kawan-kawan, jomlah pergi buang mana-mana alat mekap yang memang patut dibuang. 
Jangan ada yang dah 4-5 tahun, beli lipstick dari zaman anak sorang sampai anak dah tiga pun dia pergi simpan lagi!
taula lipstick hantaran, tapi jangan sampai begitu hokay.
nanti KAKTON marah nanti haaaa.









Baiklah.itu saja tips yang dapat saya share di sini.
Yang lain next entry okay.
sebab kite nak pergi tengok Rindu Bertamu di Abu Dhabi kat tonton kejap ni.
Tapi kite stress la, tak suka la watak Ain tu mati, nanti kite mesti nangis sebab sedih.
Ahkak ni pantang sikit tengok cerita suami isteri yang meninggal-meninggal ni!

Kbai!!


eh kejap. sebelum tu nak tunjuk satu benda ni..

hewhewhew





brooch blingbling HIJABISTA.

cantik kan!!!! blingbling tu yang tak tahan tu.
yay
thnkssss HIJABISTA



.


Rabu, 27 Mac 2013

Telekung warna di Telekung Warna






Antara sebab mengapa saya memilih telekung warna dari Telekung Warna  ..



Fabrik/material yang digunakan adalah SELESA. 
Yup, bila bercakap tentang telekung berwarna ni, sebelum ni saya risau jika fabrik yang digunakan terlalu tebal atau panas. Ternyata fabrik yang digunakan oleh Telekung Warna buat saya sangat berpuas hati!




Sulam yang tidak terlalu sarat atau berserabut. Haaa kriteria yang ini pun penting jugak untuk seseorang macam saya. Saya kurang gemar telekung yang renda terlalu banyak atau besar.
So pada saya, renda di bahagian hujung telekung dan bahagian muka je sudah memadai macam ini.

Jahitannya juga kemas. 





Getah di bahagian pinggang. Ini adalah berita gembira untuk mereka yang malas nak ikat-ikat macam saya ini. Dengan adanya kain bergetah ni, sesuai untuk semua size. So jangan risau! Sarung dan mulakan solat anda!






Pendek kata, saya memang puas hati dapat memiliki telekung kaler GOLD ni.




Oh jika rakan-rakan ingin mendapatkan telekung warna dari Telekung Warna ni, boleh juga request warna kegemaran anda!!


sila semak warna kegeraman/kegemaran berdasarkan carta warna di atas.

Kalau rambang mata sangat, beli la 3-4 pasang. Bagi kat mak sepasang, mak mertua sepasang, adik, kakak, makcik.

^_^







So yeah. Pasti ramai yang nak tahukan, tentang material dan harga untuk telekung ini.

1) Jenis koshibo - RM120 termasukpostage (semenanjung)

2) Jenis satin - RM130 termasuk postage (semenanjung)


Harga yang mampu milik!


Kalau nak tahu lebih lanjut, nak buat tempahan dan pembelian, boleh terus LIKE FACEBOOK TELEKUNG WARNA (DI SINI)








ceriakan diri ketika bersolat...semoga ibadah kita diterima oleh Nya...

Selasa, 26 Mac 2013

calon SPM 2003 (part 2: season finale)

hai kawan-kawan!

Entry ini adalah sambungan dari PART 1 (KLIK SINI)





Dalam pada mak dan arwah abah sibuk ke sana ke mari mencari kolej terbaik untuk anak dia yang SPM hancur lebur ni, PTPL Shah Alam telah direject oleh arwah abah. 
Sebab katanya environment yang tak macam institusi pendidikan (sebab hostelnye di rumah kedai sahaja. Dalam saya sibuk menyusahkan ibubapa, mereka tetap memberi dan mencari yang terbaik untuk saya. sob.sob. sedihnya)


Akhir sekali mak sibuk rekemen kat Kolej Profesional Mara (KPM) di Beranang.

100% under MARA...Elaun bulanan RM265....yuran semester yang sangat murah.


Diploma in Business Studies.


Bermulalah episod zaman belajar. Cewahcewah.....sukeleteww


2004-2007 kat KPM.


Masa kat situlah saya kenal kelemahan dan kekuatan diri. Dalam pelajaran. Dalam percintaan.


Masa tu terus rasa terbalik! Apa yang saya benci masa zaman sekolah, rupanya saya jadi sangat suka!

Barulah discover macam-macam kat diri ini. Suka belajar, suka membaca, suka sejarah, suka mengira, suka berangan (HAHA), suka melawa, suka marketing, suka business studies. (which is totally not me before!)

Pendek kata, memang taksub dengan course yang diambil!

Semester pertama, pulun habis! Dapatlah DEKAN.

Semester kedua, DEKAN

Semester ketiga, hampir DEKAN

Semester keempat, DEKAN

Semester kelima, DEKAN

Semester keenam, DEKAN.





Masa tu saya pulun pada setiap semester, hanya kerana inginkan result yang bagus.

Target saya pada masa tu hanyalah untuk dapat A. Target saya untuk tidak buat kesilapan sewaktu SPM dulu. Target saya adalah untuk menjadi orang yang rajin!

Saya percaya, takde istilah orang bodoh atau pandai, Tapi USAHA dan TAWAKAL yang penting!

Saya rasai sendiri hal ini.

Allah saja tahu USAHA saya selama saya mengambil diploma. Ditambah pula saya lihat kesusahan diri sendiri dan ibubapa saya yang turut tempias merasa kegagalan saya masa SPM dulu.









Habis diploma. Alhamdulillah.



Tapi saya tak hadirkan diri masa konvokesyen.


Sebab?


Arwah abah baru meninggal dunia.

lagipun...


SAYA MENCABAR DIRI SAYA. Saya saja taknak jemput diri sendiri, dan emak kerana saya nak  mak datang ke majlis konvokesyen IJAZAH saya nanti.


Itu cabaran dari saya kepada diri saya.

So kalau nak ada gambar pegang scroll, kena lah sambung Ijazah kat mana-mana IPTA kan.


Challenge budak yang SPM dia hancur D berderet.







Sementara tu, saya kerja jadi KERANI di sebuah Travel Agency dekat Taman Teratai, JB. Pada masa tu, arwah abah baru meninggal, so saya perlu bekerja untuk bantu ringankan beban mak daa keluarga saya. Dengan gaji RM800 sebulan, dapatlah bekerja 3 bulan sahaja sebelum saya ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab dapat offer dari UM.





Pertama kali saya tahu dapat tawaran dari UM, terus rasa nak menangis. Pilihan pertama yang saya mohon, itulah yang saya dapat. Alhamdulillah.


Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Malaya.


Allahuakbar. Budak yang D berderet ni dulu, yang masa kat sekolah report kad die merah setiap tahun, yang sentiasa dapat nombor last dalam setiap peperiksaan, yang sentiasa dapat markah paling rendah bawah 10 per 100 untuk paper add math.....




Masa dapat tahu tu, saya berada di ofis. Balik rumah, masih kunci mulut. Tak bagitahu lagi kat mak.

Tak tahu la saya perlu bagitahu ataupun diamkan saja sebab....


1) abah baru meninggal dunia. kalau saya bekerja, saya boleh bantu emak. Tak banyak pun, tapi tetap menyumbang sesuatu kepada keluarga.
2) saya risau. jika saya sambung belajar, siapa nak bayar yuran? perbelanjaan saya di sana? Di bawah saya masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah.



Dalam berhari-hari saya berkira-kira hendak terima atau tidak tawaran tersebut, saya pun pergilah isi Biasiswa JPA. 

Untuk backup andai kata tak layak untuk terima Biasiswa JPA, saya pun apply sekali PTPTN.


Kemudian, kumpul kekuatan untuk khabarkan hal ini kepada emak.


Emak betul-betul tak sangka dengan berita ini. Kalau emak pun tak sangka, apatah lagi saya ini.


Tak pernah terlintas pun untuk dapat masuk IPTA. Universiti Malaya pulak tu!



Alhamdulillah...dapat pulak Biasiswa JPA.







 Tekun sampai nak masuk dalam buku


















 ini ialah presentation terakhir pada hari terakhir, sem terakhir.
:)


















Semester pertama, main-main. Sebab over confident.

"Aku dapat masuk U.maksudnya aku sudah pandai! yahuu"

Silap langkah. Keputusan semester pertama sudah ke laut!

Bangun. Bangun lajulaju.


Percayalah, cara belajar saya sewaktu zaman diploma, tak sama dengan di UM. 

Kadar USAHA semasa Diploma ialah 100%, namun di Universiti Malaya perlu ada sekurang-kurangnya 500% USAHA (untuk org yang tak berapa pandai mcm saya)


Zaman kat UM la dah pandai habiskan masa 90% di library semasa study week. Pagi-pagi dah usung bag dan buku menuju ke library dan study which is so not me!! Tapi USAHA 500% tu termasuk benda tu la. Haha. 


Semester pertama hampir 4 orang rakan menarik diri. Mereka lebih rela bekerja dengan kelulusan diploma atau SPM dari pada mengharungi kepayahan 500% USAHA di Universiti Malaya.


Saya pun hampir tarik diri. Hampir nak berhenti belajar. Setiap hari menangis nak balik JB. Tapi bila fikir balik, Allah dah aturkan saya sampai ke tahap ini, sampai ke tahap ini yang tak pernah saya angankan pun, maka pastilah saya KUAT untuk bertahan untuk belajar dan grad di sini. PASTI!

So instead of buang masa menangis sebab nak berhenti belajar la apa, saya terus dan terus mencari cara pembelajaran terbaik untuk diri saya. Buang kertas banyak-banyak pun tak apa. Belajar ikut kemampuan diri sendiri. Pulun belajar banyak sangat sampai tak makan, tak tidur is a NO NO NO!







Berbaloi untuk berusaha semasa diploma. Alhamdulillah, sepanjang pengajian di UM, JPA menaja RM5000 satu semester. 

Lega saya kerana tidak perlu pakai dan minta duit mak saya pun. Saya faham, mak perlu menanggung adik-adik saya lagi.

RM5000 satu semester adalah lebih dari mencukupi. Tugas saya hanya perlu belajar dan belajar dan buat assignmnt dan SHOPPING. Tu adalah bayaran untuk penat-penat dan pening-pening dengan assignmnt!











Alhamdulillah, May 2011 habis belajar dan bernikah.

Oktober 2011 konvo! Officially graduate ON TIME.




Alhamdulillah....hari ambil scroll, ada suami di sisi. Yang ni memang tidak pernah terlintas, semuanya perancangan Allah yang kadang-kadang kita sendiri rasa macam suatu keajaiban.





So untuk adik-adik..tak kiralah baru lepas SPM ke, STPM ke, yang ada kat U sekarang ni ke, kolej ke....................zaman belajar paling best dan seronok. Balancekan study dengan hal peribadi anda. 
Jangan terkena culture shock.
 Enjoy every moment. 
Setiap kali dah berjaya submit assignment dan settle presentation, silalah reward diri sendiri dengan aktiviti yang disukai sebagai pemangkin anda untuk menjadi rajin dan fokus dan bersemangat!
 Sentiasa berkawan dengan mereka yang positif kerana ini akan menjadikan kita sentiasa positif dan menjaga diri sendiri.
 Jangan suka ponteng kelas. 

Study smart. Cari cara belajar yang terbaik dan selesa dan sesuai untuk diri sendiri. Macam saya, saya tak boleh nak study dengan baca buku tebal-tebal. Biasa saya buat mind-mapping. Memang tu je la cara paling berkesan untuk saya. Saya ingat dan hafal. Kepala berfikir, tangan menulis, mulut menghafal (eh ye ke ayat ni). 

Ini kerana, modus pengalaman belajar adalah kita belajar dari 10% apa yang kita baca, 20% dari apa yang kita dengar, 30% daripada apa yang kita lihat, 50% dari apa yang kita lihat dan dengar, 70% daripada apa yang kita katakan,  dan 90% daripada apa yang kita katakan dan lakukan.

Sebab tu saya kalau time study untuk test ke final ke, saya akan baca nota. hafal. kemudian saya akan bercakap sendiri dan tangan saya menulis. Gitew la. Penat memang penat, tapi 90% beb. Tak percaya sila cuba. Memang berkesan!!!! Tak kesah la orang nak kata awk ni gile ke cakap sorang-sorang, namun bila kita bercakap kite boleh dengar apa yg kita cakapkan , lantas boleh masuk dalam kepala. Mind mapping juga penting so kita boleh nampak overall view untuk sesebuah topik.


Tetap pendirian supaya tak terikut-ikut dengan pengaruh tak baik yang berlegar-legar disekeliling. 

Zaman kat U ni lain, tak macam kat sekolah. Kat U nak belajar ke taknak belajar ke suka hati kite. Tapi yang terbalik terlingkup memang rugilah. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit. Pilihan di tangan anda.

Kalau nak gila-gila, zaman belajar la paling sesuai. Ponteng kelas sebab tak cukup tidur tengok cite korea pun saya pernah buat. Padam nama orang dan letak nama sendiri kat senarai pendaftaran kelas tutorial pun saya buat (sebab tak nak kelas tutorial awal lagi!), fotostate buku rujukan setiap semester pun saya buat, dan lain-lain. Gila-gila pun asalkan time belajar, belajar. Time hantar assignmnt, hantar!

Kat U jugak jumpa MACAM-MACAM jenis orang. Lurus bengkok semua ada. Tepuk dada tanya selera.




Adik-adik yang result SPM dan STPM tak berapa best, jangan sedih. Kita boleh ubah masa depan kita selagi kita ada USAHA. Janganla anda terlalu bersedih dan kecewa kemudian anda memilih jalan yang salah dan memburukkan masa depan sendiri. 
Hidup ni bukan bergantung kepada jumlah A dalam SPM. Tapi tak bermakna kita tak dapat A masa SPM kita dah puas hati. Sila berusaha untuk jadi lebih baik. Bila kita terjatuh, maksudnya kita perlu bangun. Bukan dah jatuh makin nak baring-baring lagi. BUKAN!
Orang-orang yang masuk universiti bukanla semua dari sekolah berasrama penuh je. TAK. Orang sekolah tak pandai dulu pun boleh masuk U. Tapi kena USAHA.

Yang dah ada kat IPTA/IPTS, bersyukur dan gunakan peluang tu sebaik mungkin. Habiskan belajar dengan cemerlang. Jadi orang. Pointer biasa-biasa pun tak apa, asalkan JADI ORANG. Habis belajar, kerja kemudian kawen. Atau sebaliknya. Pun tak apa. Kah kah kah.






ps: Saya harap uols dah tahu. Setiap kali adik-adik bertanya tentang UM dan berkata "untunglah akak pandai", setiap kali tu juga saya akan menafikan. Saya takdelah pandai, dik. Kerana D berderet semasa SPM, saya hargai setiap saat saya di KPM dan UM.



















Ahad, 24 Mac 2013

Calon SPM 2003 (PART 1)

Bersempena dengan minggu result SPM, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya. 
Bukan. 
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2012 tak kira lah result anda dalam kategori seperti di bawah ini :

A) Cemerlang dengan bangganya
B) Sedikit cemerlang namun tak sampai target
C) Tak cemerlang langsung ! (jeling mata)
D) Janji Lulus
E) Gagal dengan bermaruah (at least datang jugak dan menjawab kertas soalan)




Kepada yang dapat result cemerlang, teruskan usaha di menara gading.

Entri ini bukan untuk anda. Tapi anda juga dipersilakan baca, sebab entry ini lebih dari sekadar keputusan SPM. Ia berkisar tentang proses kehidupan. Tentang cabaran dalam hidup seorang pelajar.







(tarik nafas)





Khas buat adik-adik yang masih berendam airmata.

yang masih tak dapat kekuatan untuk berdepan dengan sedara mara.

yang masih menyesal salahkan diri sendiri.

yang masih kecewa sampai menyiksa diri.

yang masih rasa hidup terhenti di situ.....


kamu sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.


kerana SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan.



Tak salah untuk bersedih mengenangkan result tempoh hari, tapi pastikan rasa sedih itu diiringi dengan semangat untuk TIDAK MEMBUAT KESILAPAN kali ke DUA!





Saya tahu saya masih belum cukup berjaya untuk membuat entry berkaitan kejayaan dalam kehidupan. Tapi saya dah lalui zaman kegelapan sambil pegang slip keputusan SPM sambil menangis berminggu-minggu!


Saya calon SPM tahun 2003. 

Pelajar tingkatan 5 paling tak fokus dalam kelas.

Suka baca majalah mangga dalam kelas BM.

Cita-cita pun tak ada.

Pergi sekolah tak tahu apa halatuju.

Maka, result paling teruk adalah kepunyaanku.

Kalau orang tanya result SPM , "2 A (cakap kuat-kuat)"  pastu yang lain cakap slow-slow. Tak payah cakap pun tak apa. 

D berderet.












Dengan result sebegitu, jangan kan Diploma, Matrix pun jauh panggang dari apa boleh dapat.



Takkan nak kawen? Masa tu mana ada pakwe? kalau ada pakwe lagi malu. terus kena tinggal agaknya. lagi bertambah-tambah sedih agaknya.


dengan result teruk macam tu, rasa segan sangat. Sebab dah malukan mak dan abah. Tertekan.

Tertekan sebab along, kakmas dan aie masing-masing best student, masuk IPTA.

haku ni? ke mana halatuju aku ni dengan D berderet ni??



Nak masuk kolej, dengan yuran mahal kemain, dah menyusahkan mak bapak lagi.


Tu pun kalau ada kolej yang nak amik. Kalau takde? Nak kerja, takde pengalaman!


Akhirnya saya register je tingkatan 6.

Sekolah di skudai.

pakai baju kurung putih, kain cream.

bawak beg sekolah. PINK.

TERTEKAN

akibat tak belajar betul-betul masa SPM dulu, kawan-kawan baik semua dapat masuk POLITEKNIK, namun daku tertinggal tersesat dalam kelas tingkatan 6.

Di kala rakan sebaya yang lain pergi kelas pakai baju biasa, saya masih lagi pakai baju sekolah dan mendengar loceng waktu rehat kat kantin.


Nangis.


Hati tak suka sekolah. Maka fasa ponteng sekolah bermula. Anehnya bila budak baik ponteng sekolah, dia terus balik rumah (tak merayap ke mana-mana). Pukul 7 pagi mak hantar ke sekolah, pukul 9 pagi dah sampai rumah. KENA MARAH DENGAN EMAK.


Hati dah tawar. I hate school.


Lalu belajar je la sampai tingkatan 6 rendah.

Kemudian cakap kat mak " mak hantar je la ain kat mana-mana kolej. ain tak kesah pun". Sampai macam tu sekali dia punya putus asa.



nangis.


Beza kan, kalau result SPM bagus, IPTA yang akan cari. Universiti luar negara akan cari dan panggil.

tapi kalau budak D berderet macam saya ni, nangis-nangis tak tahu nak buat rayuan kat kolej mana!!!!!



Masa tu baru sedar. Betapa menyesalnya saya. 

Kalau belajar betul-betul masa SPM, mesti tak jadi begini.

Tapi benda da jadi. Tak payah nak KALAU KALAU dah!






Satu hari mak bagitahu yang saya akan mula daftar di Kolej PTPL Shah Alam. 

Saya angguk saja.

Bersiap-siap dan terus ke sana.


Nak dijadikan cerita, tak jadi pulak daftar kat sana..............sebab...............................


jengjengjeng






....................bersambung.....................................................................






















Saturday!

 Macam biasa la, nurul ain kalau hari sabtu memang dia happy kemain.

Hey, surirumah pun masih mahu menghayati keindahan sabtu ahad tau. sebab weekend adalah bermaksud suami milikku 24 jam. (weekdays kan suami bekerja!)




So hari ini, ummi dan anak berpakaian tema Hello Kitty.

Secara jujurnya, Irdina lebih berminat kepada Mickey Mouse, tapikan ummi dia suka paksa dia pakai HK. Haha.

Sebenarnya plan nak teman suami hantar komputer ke Lowyat. Pastu Irdina terpoo pulak masa on the way, so saya pergi uruskan hal poo poo Irdina kat Sungei wang sementara suami pergi lowyat sebentar.

Teruja betul . Toilet bayi kat Sungei Wang adalah baru dan selesa. Tapi tak ada tempat nak menyusukan la. Tapi kalau nekad dan terpaksa, lock pintu dan BF saja di situ!

Dah alang-alang sampai Sungei Wang, anak pulak dah selesa dan bersih dan duduk diam dalam stroller, maka saya dan suami pergi jalan-jalan sekejap!





Singgah kejap di butik R-zieana...si comel Nini ni umur dia 26 tahun? Bersungguh-sungguh la saya ingatkan dia umur 21 ke 22 ke kan...




Muda-muda dah jadi tokey...inspired terus jadinya.

So saya terus beli sehelai dress (related nyeeeee haha)



Tahu tak (mengadu), sejak bersalin langsung tak boleh pakai dress kalau keluar. Sebab ibu-ibu yang Bf anak memang begitu la dilema kami dalam memilih pakaian.


Tapi rasa bersyukur pulak tadi tergerak hati nak ke kedai Nini, rupanya ada dress yang ada button di depan...yay!!


Terus jadi BF dress! Happy me! Me iz happy! Dah la RM35 je dress ni!

Siapa nak shopping online pon boleh kat page FB R-Zieana ----> KLIK SINI


Nota kaki: Button for BF is not button for boypren eh? tampar laju-laju kang!




Lepas dah ke butik Nini, jalan 2 langkah terus masuk dalam kedai kakak Nini pulak, iaitu Vivi..

haha comel je kedai depan-depan!






Vivi's shop ni ada terjual macam-macam skincare dan make up dari korea.

Dah la jual barang comel, kedai pun comel. Pastu balik meyesal sorang-sorang sebab lupe nak snap pic dalam kedai dia. So uols boleh la pergi ke Sg Wang tingkat 3 dan cari saja kedai mereka 2 beradik ni hokayyy!


Jom tengok apa saya beli di sana!




Lip Scrub dan Whitening Mask (powder)

pastu dapat freegift..

auwwww Vivi si comel ni memang baik hati

saya sebelum ni pernah je beli blusher dan krim foundation dari Vivi, tapi beli online je la kat FB








nanti bila saya dah sempat try semua barang-barang tu dan jika ada sedikit kerajinan dan ketekunan, akan di review terus dalam blog.




kalau nak pergi ke kedai mereka berdua ni, boleh ke SUNGEI WANG TINGKAT 3












so besok ahad.

plannya nak mencari almari baju untuk anak.
baju Irdina pun dah overload da.
Kecik-kecik pun cmtu. apetah lagi ummi dia punya baju, 4 almari pun tak cukup. tapi balik-balik pakai baju yang sama jugak. haihhh!

 dan nak membeli Losyen Mustajab.

si Jasmine ni tertinggal kat JB pulak.

huuuu







.

Jumaat, 22 Mac 2013

siapakah bestfriend tempe?












Dah lama rasanya tak balik Johor. Entah johor pun rindukan saya atau tidak.

Pasti emak terlalu rindukan saya. Pasti :')

15 Mac 2013, Jumaat, bangun pagi semangat waja. Anak bangun terus mandikan,siap-siap dan  masuk kereta berdesup balik Johor. yay yay!!



 Sebelum isteri mengadu lapar, suami dah paham sangat.
Mesti kena singgah McD ke apa beli breakfast.


 walaupun duduk di belakang, ada masa kena tinjau keadaan suami yang memandu.
cukupla sekadar bertanya "sayang ok tak? dahaga tak? mengantuk tak?"
tak sempat dia nak jawab balik aku dah sambung tidur kat belakang kroihh kroihhh
tak ikhlas betol soalan.
kah kah kah



 anak mata bulat pakai legging bulat-bulat
yang ni tak payah tanya dahaga ke tidak
kalau dah ek ek ek ek tu, lapar la maksudnya tu.




 perjalanan 3 jam setengah jadi 5 jam setengah pula.

2 jam terkandas jammed teruk kat area tangkak.

jem lama sangat sebab PLUS bukak jalan ikut laluan bertentangan.



aduih lama lagi ke nak sampai ni? penat la tidur kat blakang..hahaahha

kasihan suamiku gigih nak bawak bini dia balik kampung






 rupanya treler terbabas melintang di tengah jalan haaaa kau!







dah lepas kawasan eksiden tu, kami teruskan perjalanan



 encik arnab ni pun dah penat nak tidur dalam kereta.
tengok tak sampai-sampai jugakkkkk




at last, sampai di rumah, sangat gembira!

walaupun emak kerja, petang baru dapat jumpa tapi teruja jugak.

balik rehat, solat dan keluar semula pergi ngeteh!



kali ni betul-betul nak ke warung mak Ram kat kampung pasir.
tempe goreng dia mabeles.









jakun kejap.
ni nama dia PEPES tau.
walaupun nama dia bunyi macam pampers, tapi sedap.
ia adalah otak-otak ayam.
RM0.60 sekeping










Tak sempat sampai rumah, makan banyak-banyak dalam kereta.

Irdina melihat sambil telan air liur.

Irdina, awak forever jawa tau. Nanti dah besar jangan mengada taksuka tempe ke apa, tahu?




ni part paling meleleh air liur ni.

tempe goreng ni bestfriend dia sambal kicap.

bila dua hati dah bertemu, bergabung meletop kemainnnnnnnnnnn jadilah antara anyir dan jakarta!







 padahal beli RM2 goreng pisang, RM2 tempe goreng.
banyak dia bukan main.
kite makan sorang je pulak tu.
errrr...errrrrr...



*telan air liur sambil type entry ini*







ummi diam-diam ngeteh, suami dan anak berehat depan TV.
oh petang yang sempurna!






mak balik kerja, makin sempurna hidup hahaha

mak siap-siap terus melepak kat JPO..

nak belanja mak handbag!






JPO ni memang selalu sale kan.

dah 3-4 kali jugak ke sini, barang dia harga memang murah.

maksud saya, lebih murah dari KLCC atau tempat lain la.

tapi tak banyak sangat pilihan. new arrival item dia pun sebenarnya late arrival. haha



Irdina so happy with nenek!





 lepas pujuk-pujuk mak supaya pilih beg di Coach, akhirnya mak pun setuju.
mak saya pemalu orangnya. anak nak belanja pun beliau sgt segan.
padahal sampai ke akhir hayat pun saya tak dapat balas jasa mak.
cuma insyaAllah saya cuba buat mak gembira.
ya, mak 
saya mahu menjadi anak yang baik. dan emak yang baik seperti emak

:')




asal kaki ku begitu? 
ingatkan jengkit kaki dalam gelap, tidak ketahuan.
pfffft




upload kat instagram
"yahuuu"



hahaha acah je.
mak mana ada instagram yuols!



 hasil tangkapan.

apa yang saya boleh kata, Coach di JPO adalah murah. 
hari saya datang tu, ada additional 20% untuk semua item.
kalau yang memang less 50%, tambah pulak lagi less 20%, rm1500 boleh dapat beg dan wallet coach

yup yup.
sekarang baru saya faham mengapa perlu ada sistem beratur untuk masuk ke Butik Coach JPO!

Dengan ini, saya nasihatkan, kalau nak menyopping di JPO, pergilah pada weekdays.
Sebab weekend penuh macam pasar karat.
Eh pasar karat pun lengang je kot!



Masa tengah try kasut kat Charles&Keith, terserempak dengan Sharifah Sofia dan hasben serta anak dia.
Lawooooo, putih melepak!





Balik JPO, lap-lap badan irdina, tukarkan baju dan pampers, naaaaa terus lena tidur sampai esoknya.

ala tomei tomeiiii







 Sabtu, bangun pagi berborak dengan emak.

sambil mak sapu-sapu losyen Mustajab Pati Halia.

mak saya penggemar kesemua jenis Losyen Mustajab, terutama sekali perisa SERAI.

walaupun perisa serai berbau sedap, tapi yuols jangan makan tau!





 Mak kata, mak perlu letak sebotol Losyen Mustajab ni di dalam kereta dan di dalam beg.


Sebab mak saya sehingga kini uruskan perniagaan dia sendiri, so masa lapang sangat terhad.

Bila kerja sendiri, kite terpaksa berkorban masa, kadang sampai malam baru habis kerja beliau.

Nak pergi spa atau berurut memang tak sempat, so mak terpaksa cari alternatif lain untuk melegakan kesakitan sendi.

losyen Mustajab ni laaaa jawapannya!







merayap sebentar di KSL mencari casing untuk phone.
sebelum tercalar hatiku melihat phone tercalar, pergilah insafkan diri untuk menutup badan phone tu sikit.
ha ha ha






Balik singgah ke Larkin beli kacang Pool dan ABC terbaekkk kat tepi Bomba tu.

rugi balik Jb tak makan situ.

kat KL takde. takde. takde. hahahha.tempe pun KL takde...sambal kicap pun KL takde..kalau ada pun akak yang jual tu tak nak bagi..
huwaaaaa


haritu kite ke melawati. Akak jual goreng pisang tu jual bihun sup sekali.
kite beli goreng pisang rm2..pastu ternampak kwn die tengah ikat-ikat sambal kicap bihun sup.
"kak..saya beli sekali sambal kicap tu ye?"
"ehh tak boleh la dik"

dah malu, bayar goreng pisang.berlalu pergi. dalam hati menangis.



kau kejam, kak
kau kejam.













Bila dah sampai hari Ahad, mulalah tak best.

Rasa sangat sekejap berada di JB

kalau boleh lepas Sabtu, Sabtu..lepas tu Sabtu kemudian Sabtu, barulah hari Rabu.
Eh?
Haha










 ummi saya suka amik gamba
hari hari dia amik gamba
saya redha


kah kah kah













 petang ahad pergi ngeteh ramai-ramai di Singgah Selalu U-Mall

Mak order makanan comel ini.

sedap dia bukan main.

eh saya tak main-main.

memang sedap.

lenkali nak makan lagi!





pau gebu


ini pun pau gebu jugak






last-last Isnin pagi-pagi baru bertolak balik KL

huuu bye JB..bye mak..nanti kami balik lagi!




peace yawww