Khamis, 16 Mei 2013

Tolong jadi rajin sikit boleh?

So secara puratanya minggu ni setiap kali on laptop memang akan rasa berangin kat kepala. TAK. Bukan sebab effect penggunaan minyak angin cap kapak. Ia terjadi disebabkan oleh kadar kelajuan internet yang super slow. Jadi sesiapa pun akan berangin kepala. Terus off laptop dan purak-purak tidur padahal bawah bantal masih cuba lagi dapatkan signal internet.



Itu lah jawapan kepada persoalan ke mana menghilangnya budak ain ni. (Budak?hello I memang budak ok. Bye)




Jadi emak sangat best. Tak percaya? Cuba dan rasai sendiri. Giteww.main rasa -rasa pulak. Ingat ni eskrim baskinrobbin leh free testing eh. (Marah pula)














Hey anak...apa berlipat terkeluar-keluar tu? Lemak ummi semua ada kat situ kan? Oooo..patutla.




!!!!



Ps: puas hati amik gambar guna kamera s4 ni. InsyaAllah kalau RAJIN saya buat entry review samsung S4. Kalau RAJIN la...kalau TAK RAJIN, tak apa.


Bhahaha.

Sabtu, 11 Mei 2013

Akhirnya!!!

Agak tensen bila nak carik seluar zaman lepas ada anak ni...... sebab paling kecik size 25 namun begitu longgar kat kite.

Sudahnya, terpaksa beli jeans dari Guess Kids atau Gap kids size 14. Alhamdulillah muat. Konon masuk kedai tu nak carikkan baju atau seluar utk anak, tapi carik utk diri sendiri. Pon bolehhhh...





Tadi jenjalan ke Uniqlo....cam tak percaya ada size dewasa yang muat2 dengan pinggang daku ini.... yahuuu













Size 22 pun ada yuols! Tapi kite pakai size 23 dah ngam dan happy. PASNI TAKYAH MASUK KEDAI BUDAK LAGI DAH TAU.

Selasa, 7 Mei 2013

kereta pink

Cuaca nampak cerah hari ini.

Si ibu yang bekerja dari rumah macam ahkak ni berasa beryukur sebab dapat melihat anak membesar depan mata sambil melihat duit perniagaan depan mata. Haha

Ya. Anak dah besar. Minggu depan berusia 7 bulan pun Nur Alya Irdina.



Namun ada masa berasa sedikit sentap melihat instagram mak-mak orang yang begitu bangga anak mereka usia 5 bulan sudah pandai meniarap. (tak sentap pon. acah mak enon je)

Tapi Irdina?? BELUM MAMPU MENIARAP LAGI yuols


tapi jangan risau....lek luu..lek luu..


dokter kata NORMAL untuk BAYI BERAT seperti Irdina.


Maksud dokter..irdina ialah baby ob___ ? .....Kau kejam dokter!  Kau kejamm...





So dokter cadangkan saya menghadiahkan sesuatu kepada Irdina....






Sebuah sport-car berwarna pink. Ala-ala Paris Hilton gitew siap ada monkey lagi. Kau hado?
oh, kereta ni lengkap dengan driver sekali.
Driver dia ialah saya. Tu nampak blakang tu ada tempat untuk tolak si kecik tu? Haaa.


So anak, takyah meniarap atau merangkak la eh. 
Kite terus berjalan.
Mara terus ke hadapan membina kehidupan yang paling indah.
Amboi mak awak ni Dina!












Khamis, 2 Mei 2013

Help Me!

Dari sehari ke sehari, rasa macam ada benda kat bawah rak baju Irdina.


RILEKS lagi.


CUBA tak pikir negatif sangat.

Makin lama rasa makin berdegup kencang bila lalu di kawasan tersebut.


RILEKS lagi.



Tadi, kuatkan semangat. Pergi tengok dengan mata kepala.

Berderau jantung. Bergoncang sel darah merah, putih, pink, purple, semua.

Cicak terlentang. TAPI IA ADALAH PERMAINAN SAHAJA.










Kenapa perlu ada mainan macam tu dalam bilik ni?




KENAPAAAAAAA?

Jangankan saya geli gile, cicak betul yang lalu lalang pun cakap "apehal la mamat ni terletang kat situ dah dekat sminggu tapi tak kering-kering ponnnn. Putih gebu je bawah badan tu "

Euwwww

I HATE YOU CICAK.


Diari Irdina: lawatan ke Zoo Johor.

 Jumaat 26 April 2013, ummi dan ayah bawa saya pulang ke kampung nenek di JB.

Saya gembira, mahu berjumpa sanak saudara, serta sepupu saya nama dia Kyra.

Afia tak pulang ke JB, kalau tidak pasti lagi meriah (meriah macam raya. padahal belum pernah merasai hari raya lagi haha)


Petang tu, saya sekeluarga, kyra sekeluarga dan abah kepada Afia pergi melawat Zoo.

Saya teruja. Nasib baik kami ke sana pukul 4 petang. Cuaca tidak begitu panas namun macam biasa laaa, saya tetap berpeluh (faktor keturunan. Eh!)


Tiket berharga RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak.
Bayi? FREEEEE





Ummi saya cakap, Zoo Johor sekarang sudah bersih.
Malahan best, kerana banyak binatang! 
Tidak bosan langsung!





 Monyet dan beruk di sini memeceh keheningan dan kesunyian.
Mereka membuat bising tatkala melihat ramai pengunjung memerhatikan mereka.
Senang cerita, mereka gedik la.
Haha.
Ummi saya sempat rakan video, namun belum sempat mahu letak di Keek.







 Suka benar dia nampak kami semua depan pintu rumah dia.
Nak ajak jemput masuk la tu agaknya.




 Burung Kasawari.
Kawasaki tu lain tau.


 Ngam-ngam kami tiba di depan kandang buaya, ada pekerja sedang membersihkan tempat mandi buaya dari dedaun kering.

Diorang main tolak-tolak badan buaya dengan menggunakan galah panjang.
pastu buaya mengamuk ade org ganggu rumah dia





 ummi saya kata ni first time dia tengok badak air depan mata.
sebelum ni tengok di dalam kartun Madagascar saja.
takpun tengok di pasar malam.


BADAK BERENDAM kan sejenis kuih.

haha.


 mereka sedang memadu asmara,
tutup mata memasinggg


 Uncle Aie in the hauzzzz

 Euw...menggelikan melihat ekor itu.



 Di sebuah kolam kura-kura, ada seekor kura-kura buat lawak.
Kaki dia kedua-dua terangkat kebelakang.



Pfttt buat ape tuhhh? 


 buat YOGA ke bangg?
hahah



 itik itik kuekkkk


 ummi bersama Badak.

aihhh tak habis lagi berendam budak dua ekor tu.

Haha

nama pun badak air. kemain bahagia la mereka bekejar-kejaran di dalam kolam tu.




 kucing hutan



 beruang = berwang



 Petang Jumaat ni, layan cabut kutu member jap!



 ni ada 2 ekor tapir.


 Kyra bersama mama dan papa dia.

Unta tu besarr tau!! Tanjat gegirl




Paling best ada 9 ekor singa di sini.
9 ekor singa berada di 4 kandang berasingan. Tak pasti mengapa mereka dipisahkan.
Jangan pisahkan aku dan diaaaaa...

Mungkin kerana jika mereka berkumpula beramai-ramai, takot terjadi apa-apa kejadian amukan.

Sebab saya pasti mereka tu semua garang. Mengaum sampai jauh pun dengar,


 ummi tak boleh bukak mata. Kerana silau cahaya matahari.
Tapi saya sayang keluarga saya!




"got problem, mehh?"

Feeling -feeling kejap.
Selesanya dapat masuk dalam kereta, sambil angin air-cond  bertiup sepoi-sepoi di muka.

Mereka semua menuju ke Kampung Pasir, nak mengeteh di Warung Mak Ram!!


Terima kasih ummi, ayah kerana bawa saya berjalan-jalan di Zoo Johor
InsyaAllah ada rezeki ummi janji nak bawak ke Zoo Melaka pula. Yayyy

Topi comel tu saya pinjam Kyra punya.






Siapa yang berada di JB  atau mana saja, sesekali pergilah bawa anak ke Zoo Johor.
Kalau tak tahu alamat, Zoo Johor terletak di jalan Gertak Merah.

sila refer peta di bawah ini:-


RM2 dewasa, RM1 kanak-kanak.

Bestt sebab binatang sini takdelah tido je keja. Mereka semua suka kalau ramai orang datang tengok dia.


ps: Ngeteh Warung Mak Ram paling takboleh tinggal ehhh.