Khamis, 27 Jun 2013

I love you anak!

Sejak kawen, suami memang sebolehnya tidak beroutstation lebih dari 2 hari. Rindu leteww. Bila dah ada anak, lagilah tak boleh tinggal isteri yg comel ni dengan anak yg gebu. So biasa kalau ada kerja di Kedah pun, sedaya upaya suami akan pergi pagi dan balik KL semula di malam hari. AUWWW.. suami saya sangat suka buat isteri terharu (pastu penulis mcm tak rasa bersalah ke pergi puji diri sendiri tadi tu, kata "isteri yg comel" tu??? LoL)


So today, dari siang duduk berdua dengan anak. Kebetulan pampers anak dah habis, maka minta izin suami melalui telefon.

Lepas dina bangun dari tidur petang, mandikan , suap makan, weols anak beranak pun merayap ke Jusco AEON Au2 !!






Sangat behave. Muka ikhlas sangat teman ummi dia harini.



Lantas, ummi bagi upah..







Play mat mickey mouse. MICKEY MOUSE adalah kartun kegemaran Irdina hokay. JANGAN MAIN-MAIN HOKAY. Dia boleh menjerit kat orang yang cuba halang dia dari melihat Mickey Mouse kat disney channel tu hokayyyyyyy!


Yang sayunya, bila ummi hulur je benda mickey mouse tu kat dia, cepat-cepat die peluk, cium-cium lagi. ALAHAIIII ANAK. Naseb baik tu bukan Hello Kitty. Kang tak pasal berebut dengan ummi dia kat situ jugak. LOL !








STATUS: LULUS DENGAN CEMERLANG.

pasni boleh kita dating berdua lagi ya, anak.

posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Jun 2013

Macam macam

Irdina paling tak suka botol.

Botol susu dah macam macam jenama beli.

Macam macam bentuk.

Semua dia campak.

Sebab tu kalau keluar memang takleh tinggal dia lama-lama.

Dan nasib baik jugak ummi dia kerja sendiri kat rumah.


Pastu irdina tak suka minum air masak.

Ditutup rapat mulut tu setiap kali ummi bagi minum sampai basah baju.

Tolak tangan ummi sampai baju ummi pun basah.


Haha



Tetibe pagi ni...








Terkejut gile. SIAP PEGANG SENDIRI BOTOL

minum air masak pakai botol susu..


Adoii..macam-macam sangat tau budak Irdina ni.








KEMBAR IRDINA VERSI LAKILAKI


kbye

posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Jun 2013

ubat tiga sembilan

Sejak dah ada anak, entry semua berkaitan keibubapaan SANGAT.

Bagusnya, yang tak ada anak pun boleh menambah ilmu. ILMU SANGAT. Aku merapu adela. 




Last entry pasal anak sembelit. Entry ni pasal anak kena gigit serangga pulak.

Aku dok pelik kenapala semut suka sangat nak gigit Irdina tu.Ye..Tahu.. Tahulah dia manis. Tapi dia tak tahu ke mak Irdina ni lagi manis ? Ok boleh berikan pelempang sekarang! Haha


Tukar cadar 2 kali sebulan. Tak cukup tukar cadar, aku pegi tukar posisi katil sekali haaa. Pasal ku ramalkan rumah semut MUNGKIN dekat dengan katil !!

Pon samaaaa .......Pada suatu hari, bangun pagi, masa tengah bergurau senda early in the morning, ternampak bintat merah kat tangan Irdina, Aduhai, hatiku menangis bersama. Gitu. 



 Nah bukti. 
Nampak tu merah kesan gigitan serangga perosak tu?
Tangan die cam gelembung bengkak kan? Eh ke memang kembung cmtu tangan anak aku? haha

Jap, sebelum kauorang pikir saya pakaikan gelang yang ketat kat Irdina, 
YOU ARE TOTALLY WRONG.
speaking sikit tanda marah. HAHA
Tangan irdina punya ketak memang DALAM eh!Jangan memain eh.
 Sampai terbenam gelang dia tersembunyi kat celah tu!



Petang tu suami saya pergi sapukan krim beli masa kat Beijing. 
Sementara taknak bagi dia berasa tidak selesa kan.
So dah pakai krim teruslah naik kereta dan perg farmasi, cari ubat!







 Hai awak!
Kite lah budak paling manis tu. 
Tapi cam Sampai hati semut gigit saya. Aihetchuu


Paling suka bila naik kereta, duduk atas riba ayah sambil pegang stereng.
Dah kena pakai sarung tangan pun masih gigih nak memandu.
Semangat yang tinggi.
Berdedikasi.
Bekerjasama
Tekun.
Gigih
Bagus.
Macam ummi die SANGAT!



Alkisahnya sebelum sampai farmasi, tiga beranak ni pergi membeli barang dapur, bahan buat puri Irdina kat Giant Taman Permata.
Nak dijadikan cerita, tak cukup beli itu ini kat Giant, kitorang merayap pulak kat kedai borong jual JAJAN.

haaa laki bini juling mata tengok keropok Super Ring berbundle-bundle, 
Kalau Dina besar sikit, mesti nak pau ayah belikan TORA 2 bundle kan? 
Lepas seronok beli jajan, Hiro la, Apollo, Kopok Durian jangan dilupakan. Bhahaha
Keluar dari kedai laki bini senang hati.


Pastu dah masuk dalam kereta baru teringat motif nak keluar petang tu adalah nak belikan Irdina krim gigitan serangga.
Rupanya masing-masing dalam poket ada 10 hinggit je. Bila bergabung maka jumlahnya 20 hinggit.
Rupanya farmasi depan tu je.
Rupanya memang tak koserla nak pergi pusing jejauh tekan duit kat bank dulu.
Rupanya isteri yang konfiden ni cakap kat suami "tak apa yang..debit card ada..alaaaa.lagipon krim cmtu tak mahal..belas-belas ringgit je"



parking depan farmasi.
Kena bawak irdina turun sebab nak tunjuk bukti bekas gigitan.
dapat krim
pergi ke kaunter.




"tiga sembilan kak"



Aku dah ..adoiiiiiiiiiii


"dik..guna debit card boleh tak dik?"

"kak....debit card untuk Rm50 ke atas je"


Dalam hati:
(rm50 ke atas? memang dimana saja aku boleh shopping. nak cukupkan rm100 pun tak mengapa dik)

"hmm..japla...saya mintak hasben saya kejap eh dalam kereta sebab saya ada RM20 je ni"


"kak....krim ni RM3.90 je kak"



Nak tersembur aku tahan gelak.

Mati-mati ingatkan krim tu harga TIGA PULUH SEMBILAN RINGGIT

Gile kah dikau nak beli krim RM3.90 pakai debit kad pastu bila budak tu suruh kau shopping RM50 ke atas kau dah suka gila macamlah RM50 tu voucher free ke kannnn AINNNNN"

Terus bayar, laju-laju keluar sambil sengih-sengih kat budak tu.

Yela. manalah kite nak tahu kan ubat kat farmasi murah cmtu..
Biasa ubat jerawat yang selalu uols gune pun belas-belas, puluh-puluh ringgit!

Budak tu pun satuu...konfiden je "tiga sembilan kak". Memanglah ahkak ingatkan tiga puluh sembilan!

hahaha


Jap, tetibe terfikir masa aku kata nak guna debit card td tu, mesti die ingat "eh akak ni masuk farmasi ni bawak RM1 je ke? Ingat ni kedai 1 Malaysia? Ubat RM3.90 pon nak pakai debit kad. Mesti baru apply debit card tu, tu yang teruja semacam"

Malu haku. esok datang balik farmasi tu pakai topeng Ultraman la
Masalahnya, buat ape pulak aku nak kena datang farmasi tu besok kan? BHAHAHA


balik rumah mandikan anak, terus dia tertidur.
Pakaikan krim "tiga sembilan" ni.






Hydrocortisone




lepas sapukan krim tu, kena pakaikan semula sarung tangan.
Jika tidak habisla dia makan krim tu nanti.
Ingat krim kek.


Besoknya Alhamdulillah dah tak bengkak dan merah.
Memang mujarab la krim tiga sembilan tu.
mak-mak diluarsana, wajib ada krim macam ni.
lagi-lagi kalau anak jenis kulit sensitip, kena gigit serangga atau nyamuk akan berbekas, dapatkan la krim ni tau. Untuk rashes pun boleh guna.

Now dah lega, tangan anak tak merah-merah lagi.





 "thank you ummi"




moral of the story: pergi kedai jajan, janganlah sampai juling mata borong semua kopok. Dah tau bawa cash ngam-ngam, insap sikit eh! Bhahaha


Rabu, 5 Jun 2013

Constipated baby!

Betapa berterus terangnya entry Irdina kali ni. Sebab ramai komplen siap mogok sume "MANA ENTRI IRDINA NIIII"

Haha. Lawak kampus betul engkorang ni tau. Sweet like candy!



Hari ni pertama kali kita saja tak campurkan bubur beras perang dalam makanan Irdina. Kita pun tak tahu kenapa kita buat cmtu. Saje- je, sebab bosan kan! Haha
biasanya setiap hari dalam menu dia kite akan campur dengan bubur beras perang. Paling sikit pun 1 kiub mesti ada.

So menu Irdina harini puri Carrot. Irdina sangat lah suka carrot. Macam biasa, makan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Eh macam makan ubat pulak eh.

Makan dengan banyak pasal dia suka. Kalau makanan yang dia tak suka, makan sikit dalam 6-7 suap.

Harini jugak dia belum poo-poo. Biasanya sehari minimum poo poo 1 kali, maksimum dalam 2 atau 3 kali. 

Malam tadi, masa on the way dia nak tidur, tetiba dia meneran-neran.

sebagai ibu yang baik, terusla ummi bagi sokongan dan kata-kata perangsang kat tepi dia. :')

tapi kali ni meneran yang agak lama.

ahhh sudahhhh....kasihannya anakku ini...

sampai berpeluh dia dalam aircond.

ummi dia ni sempat lagi bayangkan nanti cemana la Irdina dan besar, dah kawen, meneran untuk bersalin pulak.ciannya

bhahahha cemana la aku ni boleh tepikir cenggitu lak kan. yela, kita kesian kat anak kita tau!

Dah cuci dan tukar 3 kali pampers, kali yang terakhir, mungkin dia penat meneran, terus dia terlelap.

Hmm..

Banyak kemungkinan yang menyebabkan Irdina sembelit agak teruk hari ni.

Pertama, dia jenis tak suka minum air masak. Kurang suka. Kena paksa baru nak minum. Tu pun sampai basah-basah baju dia pasal dia tutup mulut rapat-rapat. Pasni kena paksa jugak walau apa pun terjadi. 

Kedua, mungkin sebab menu makanan dia hari ini (berdasarkan pemerhatian terhadap warna poopoo dia tadi). Oren bak hang. Pasni kena jugak campurkan bubur beras perang dalam makanan dia.







Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2VHWVsZ7X
© Utusan Melayu (M) Bhd 





ok. bercakap pasal jus buah, haritu masa pergi baby expo saya ada beli sebotol Apple Jus jenama Heinz (dalam gambar di atas, yg botol besar tu). Masa kat expo baby tu RM8 sahaja. Murah kan? Tapi belum pernah try bagi kat dia lagi. Besok boleh la start bagi sedikit. Tapi menyesal pulak tak beli yang flavor prune punya. Kalau tak dah boleh settle masalah negara ni.







Ibu-ibu di luar sana yang ada bayi tak suka minum air masak, apakah teknik yang uolz lakukan ya? Kita dah beli macam-macam jenis cawan, berstraw la, botol la, itu la ini la, pun tak suka. Dah try guna sudu pun, sikit je dia minum.





haritu dah try guna kaedah "minum pakai picagari" ni. Tapi stop kejap sebab nak ajar dia minum guna botol air atau cawan, sekejap je la berjaya, kemudian gagal semula. 

Mungkin perlu guna semula kaedah ini. No CHOICE



Sabtu, 1 Jun 2013

Datang mood baik dia, terus buat review produk mekap.

Assalamualaikum. 

Haha. 

Hai uols. I'm back. Setelah lama menyepi kan diri, kini saya tampil dengan album baru berjudul "aku tak merajuk. aku cuma segan bukak blog sendiri". Nampak sangat tak boleh jadi artis. Judul lagu pun haru!


So sempena kebangkitanku ini, tetibe datang mood baik nak share 1 benda ni.

Gadis-gadis, wanita-wanita, boleh tepuk tangan sekarang. This is for youuu..







Jom la I nak share sedikit make-up yang saya pakai untuk mata.

Jap, mata tu memang ada kedut-kedut tau. Tu la penyeri namanya (#batuk-batuk) (#mata ke atas, kedut melihat dengan sinis)
Kelas kau entry ni dah ada heshtag. 



 Taraaa




Kening:
Silky Girl Natural Brow Pencil kaler dark brown.
Jangan kau coba pakai warna hitam. Nanti jadi macam kening kajol. Sebatu orang nampak kening kau je dulu.
We dont want that.
So amikla kaler natural seperti dark brown.
Kemudian rapikan sahaja. Takyah cukur-cukur, cantas-cantas pun dah lawo.


Eyeliner:
Silky Girl Double Intense Gel eyeliner
Ni memang best. 
Buat si tangan gigil-gigil pakai eyeliner, sesuai pakai eyeliner jenis gel macam ni.
Sebab tekstur die yang pekat and senang di sapu.
Pastu sapuan dia pekat. 
Tak sememeh.
Pergi wayang tengok cerita industan, tak jadi masalah.nangis lah puas-puas, mata tak jadi hitam pon.



Mascara:
SilkyGirl Lash Curler kaler darkest black
Pertama kali try, terus jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah daku pandang hina kat dia. Huwaaa
Begini kisahnya.
haritu pergi KLCC, niat dari rumah nak masuk Sephora cari mascara.
"Ah, tak kesahla bayar mahal sikit, janji mascara bagus"
Dah sampai KLCC, termasuk Guardian tepi Sephora dulu.
Tetibe promoter situ sibuk suruh beli mascara SilkyGirl ni.
Daku pandang tak pandang je.(#berlagaknyaKakTon)
Lastlast pandang jugak , terbukak hati, terus bayar dan balik.
Sampai rumah terus try, wow, memang puas hati sebab tak sememeh comot-comot.
Terus suka dan jatuh cinta.
Akhirnya kami bersetuju untuk bersama sehingga ke hari ini.
*MAHLIGAI CINTA*



Waterline bawah:
NYX Jumbo Eye Pencil kaler Milk
Nak dapatkan mata yang comel ala K-POP, just apply di waterline bawah mata.
Ni saya beli online.
Tapi dengar kata, Sephora pun dah ada jual brand NYX kan?





So siapla solekan mata setiap hari dariku buatmu.
Setiap hari duk rumah pun rutin macam ni la menyolek. Cume tak pakai blusher je la.
Kau pasti taknak kelihatan seperti hantu kak Limah di hadapan suami, bukan?
Haaaa..haha


Oh lupa. 
Contact lens tu saya beli yg murah punya yang banyak jual online tu.
yang ni I Fairy kaler Gey.
Memang saya selalu beli lens online. 



ok. entry dah tamat.


lagi nak share apa lagi ye.
hmmm?

ada idea?
cadangan dibuka sekarang..selagi stok masih ada.


.