Sabtu, 27 Julai 2013

Apa dalam beg irdina

Sekarang ni setiap kali keluar, mesti kena bawa 2 beg irdina.





Yang kiri tu beg bekal. Kanan tu of course lah beg diapers dia. Yang kanan tu perlu diganti sebab dah rasa mcm kecik sgt.wuuu


so now jom tgk apa ada dalam beg bekal dia.


Saya tak biasakan Irdina makan makanan bayi yang segera sebab saya ni surirumah. Surirumah banyak masa di rumah. Jadi alhamdulillah sejak Irdina berusia 6 bulan sampai sekarang hampir 10 bulan, saya buat sendiri puri dan bubur dia.


Irdina sampai umur 7 bulan je saya buat frozen puree dia. Masuk umur 8 bulan memang setiap hari saya sediakan bubur,blend dan suap. Sebab masa tu corak pemakanan Irdina dah lain sikit. Dbia sudah mula makan dalam kuantiti yang lebih besar. So puas hati untuk masak setiap hari.


Dah ada anak ni, nak berjalan ke mana mana perlu anggarkan waktu utk anak makan dan mandi. Tu yg penting sikit la buat masa ni.


So kalau waktu keluar tu di saat waktu makan tengahri atau mkn malam dia, mmg kena la masak siap2. Nampak tak, jadi seorang mak ni mmg automatic jd supermama tau x.






Biasanya yang ada dalam beg bekal dina ialah bib (bila perlu), bubur dalam tupperware travel, botol air, biskut, wipes, semangkuk lg bubur utk tambahan (bila perlu: bila perjalanan agak jauh)







Bekas bubur jenama Pigeon ni paling best sbb ia memang dicipta untuk travel. Buat magik sikit, sudu boleh melekat kat penutup cmni. Paling best jugak sbb senang nak pegang waktu suap makan dalam kereta. Nampak tak ade dua bulatan tu?bulatan kecik tu bawah dia agak kasar2 khas untuk lenyekkan makanan. Jangan tanya harga berapa sebab maknya tak tahu. Ni pun dalam hadiah dalam hamper masa Irdina masuk pertandingan The Cutest Baby Contest kat expo baby Mivalley haritu. Hikhikhuk..tapi tak menang. Tapi dapat hadiah dan bekal makan travel mcmni pun dah rasa berjaya. Tetibe.






Haaa..closed up sikit tempat melenyek makanan tu. Best kan.







Jangan lupa la nak bawak air. Dah makan bubur, kang tercekik pulak anak kalau tak ada air. Irdina memang payah bebenor nak suruh minun air. Menangis2 mak die pujuk, tak mahu nye. Tapi paksa jugak. Sampai basah baju die pun tak apa, janji minum jugak walau sedikit!






Biskut baby. Ni untuk in between meals dia. Atau kalau dia bosan, bagi je la die pegang sendiri dan suap sendiri. Lagipun tgh nak practice die kunyah kunyah. Pasal irdina sekarang dah ada 2 batang gigi. 1 atas dan 1 bawah.

Biskut ni byk je jual. Biasa kite bli jenama Heinz sebab tu je yg ada kat pasaraya Hero dekat je dengan rumah! Tapi kalau pergi Vold Storage lagi kau rambang mata tengok pelbagai makanan. Biasa kat Cold Stor9age saya beli biskut baby yang organic. Tapi mahal la. Pejam mata dan bayar.






Hand and mouth wipes dari Pigeon. Ni beli kat jusco. Aritu pergi beli banyak sekali sebab bukan senang nak jumpa wipes cmni...4 paket rm29.90......1 paket tu ada dalam 60helai. Ok la. Sebab banyak. Tapi kena pesan awal-awal kat suami korang ni, yang tu bukan wipes biasa. Adeke laki I tu die pergi guna wipes ni buat lap perabot! Nangesssss dalam hati. Hhhaha

Paling best sebab wipes ni boleh lap mainan yang jatuh ke lantai (kalau kat luar)..sebab irdina kan dalam proses nak tumbuh gigi so die suka gigit2 mainan dia. Opkos la kan kena lap2 dan cuci mainan dia selalu! Dengan adanya wipes ni, senang sangat. Nak lap tangan die pun tak risau dah. Kalau nak bg anak makan buah pun boleh lap2 pakai wipes ni dahulu.

So this must have item ni patut ada dalam beg bekal makanan dannnnnn








...patut ada dalam handbag mak mak juga. Walaupun pack die besar, tapi sebab ia dah jadi barang kesayangan, mak mak pun redha je dik non!







Ni pulak tupperware atau bekas bubur extra kalau nak refill. Saya malas sangat nak pakai termos hello kitty tu sebab kdang bau x sedap. Maybe sebab termos ke apentah. So kdg2 just letak je dlm bekas makanan transparent ni!










Pastu kalau ada carseat memang senang la nak suap anak ke bagi makan biskut ke kan. Takdelah mak mak pun terlibat sama tertumpah2 bubur ke tudung.
















posted from Bloggeroid

Khamis, 11 Julai 2013

Selamat Datang Ramadhan



Harini hari kedua berpuasa. Ada cabaran sikit tahun ni, sebab masih fully breastfeedkan anak. Tapi Alhamdulillah, mindset kena jaga. Semua bergantung pada mindset kita.

Dalam berjaga-jaga mindset pon, semalam, puasa hari pertama, pukul 6 petang energy dah -20% agaknya. Kalau ada powerbank pun tak boleh buat apa. HAHA. Punyalah lemau habis.

Sebabnya, orang yang fully BF memang sentiasa berasa lapar. Kalau hari biasa (selain bulan puasa), memang laparrrr je manjang. Makan sahaja lah kerjanya. Lepas makan nasi 2 pinggan, masih boleh lagi duduk makan kopok durian, masih lagi boleh buat megi dengan muka tak bersalah.

Lalu, sedikit mencabar kali ni sebab kena tahan lapar 2 kali ganda. Tapi tak apa, demi anak. InsyaAllah dapat pahala menyusukan anak sekali.

So tengahmalam semalam, lepas suami balik main futsal, suami belikan burger. Dengan harapan isteri dapat alas perut sikit, makan masa bersahur nanti. Alhamdulillah BERJAYAAA...

Macam budak kecik je kan kite ni pon. Semalam siap tersandar kat bahu suami kejap-kejap tanya dia pukul berapa? Suami pulak, asal kite tanya je, 5 petang.... 20 minit lepas tu pun dia jawab 5 petang jugak. HADOIIIII






Ramai yang tanya, susu apa yang saya berikan kepada Irdina sampai gebu-gebu badan dia.

Jawapannya, alhamdulillah sampai sekarang pun Irdina masih menyusu badan. Kite belum campur lagi dengan susu formula. Tanya kawan-kawan, ramai dah campur, tapi kite pun tak tahu bile nak start campur. Mudah-mudahan murah rezeki Irdina nak menyusu badan sepenuhnya sampai umur 2 tahun. Plan paling kurang pun 1 tahun lebih la.

 Tapi tak kesah la sampai umur berapa pun, yang penting bersyukur sangat sampai sekarang pun masih ada rezeki Irdina. Sebab tak semua orang berpeluang nak fully BF anak. Tu semua rezeki dan bahagian masing-masing. So janganla pulak ada yang perli-perli ibu yang bagi formula milk kat anak ya. 

Cuma bulan puasa ni, tiap kali nak suap anak makan, mesti kena berhati-hati. Sebab dah terbiasa makan sikit bubur dia. Kang tak pasal-pasal dah kenyang makan bubur anak, baru teringat harini puasa..CHOYYYYY >_<












Sabtu, 6 Julai 2013

masa berlalu tanpaku menyedari - lagu Nora

Kemain sangat malam-malam cmni nyanyi lagu NORA.


Ye la. Pejam celik, dah nak dekat 9 bulan dah Nur Alya Irdina ni.

Dah tumbuh gigi dah pun, walaupun baru satu, tu pun nampak tak nampak, namun dah cukup menggembirakan hati ummi dan ayah. Gembira sangat sampai RASA nak bagitahu satu dunia. Ok dah bagitahu pun tadi di Instagram!


Irdina suka makan. Alhamdulillah. Setiap hari masak untuk dia, rasa berbaloi dan puas dapat tengok dia habiskan makanan. 


 ummi siap belikan termos bubur, sebab ummi taknak dina lapar bila ummi awak berjalan seharian di luar. 




Nampak tak, ummi makan kat luar pun, ummi nak Irdina makan sekali bersama-sama. 
:)




Irdina suka sangat Mickey Mouse.
Kalau tengok cerita Mickey Mouse Clubhouse tu, bukan main dia sampai taknak kelip mata pon.

First time Irdina jumpa patung Mickey Mouse besar kat KLIA, masa hantar wan dan neni dia haritu.
Tapi mahal. Kat sana jual RM150.
Ummi rasa tak berbaloi.

Dua hari lepas tu, masa kami berdua ke Jusco, ummi nampak patung Mickey yang sama, tapi harga RM130. Tapi ummi rasa masih mahal.


Beberapa hari lepas tu, kita balik JB, ummi ternampak Mickey Mouse lagi besar dan gebus dari yang di KLIA dan JJ, dengan harga yang murah. RM90 je noks!

Terus ummi belikan.
Irdina masa tu dah takleh nak kawal perasaan, die jerit sekuat hati sebaik sahaja ummi angkat tinggi-tinggi patung Mickey Mouse ni.
First time ummi lihat Irdina teruja sampai menjerit macam tu.
Ikut perangai sapelaaaaaa agaknye tu.
BHAHAHA



Irdina sekarang ringan tulang.

Suka nak join ummi kira stock tudung atau balut parcel customer.
Memang suka datang dekat, pastu buat-buat sibuk sekali.

Paling suka, selongkar beg ummi.
Kadang tu duduk dalam kereta, tau-tau sebelah tangan dia dah ada dalam beg. Tapi mata tengok depan. 
PON BOLEHHH






Irdina suka trolley shopping ni.
ummi rasa mesti irdina suka shopping macam ummi.
tak apa. kite geng.
nanti dah besar kite pergi shopping sama-sama.
takyah besar, skrg pun memang gi shopping sama-sama hahaha


Irdina suka mengigau time tidur.
ummi cam tak percaya bayi pun mengigau. hahaha
tapi dia mengigau sambil nangis siap keluar airmata dan hingus.
kesian sangat ummi tengok.
tak pasal-pasal ummi panic, dan cepat-cepat pujuk.
mimpi ngeri keeeee tu??
tu la, sape suruh tidur tak cuci kaki.






ok, saya pergi cuci kaki sekarang.
NITEE


















1,2,3 smileeeeee

Last week dapat panggilan dari majalah Ibu dan Anak, untuk shoot bersama irdina dan ummi dia ni.

Eh direct gila kan cerita kali ni. Ikhlas ke tak ni update? Bhaha

Ikhlas laaaa...jap. dah lama tak update blog kan, macam dah lupa cara penulisan, mana pengenalan, mana isi, mana penutup. Ah aku selalu tak tutup entry. LOL


Sekarang, yang bikin ummi dia pusing kepala, BAJU APA NAK PAKAI NI WEI?


selalu, shoot sorang pun dah rasa stress pikir pasal baju, ni bertambah lagi stress pikir baju anak. Of course la u nak nampak sedondon dengan anak u kan so that nampak cam sweet like candy gitu.


Kemudian, terus cam terpikir konsep Jeans is better. Mencarikla mak dan bapak Irdina ni ke sana ke mari cari overall jeans skirt untuk irdina, dan ummi dia just pakai skirt jeans yang sedia ada. Tetibe bila dah jadi mak ni, dah tak cerewet soal baju sendiri. Kalau tak, dulu, asal shoot je, beli baju baru. (insappp)


Sehari sebelum, kak Fiza, dari majalah tu bagitahu, kalau boleh jangan pakai baju putih sebab studio tu background kaler putih. Maka, konsep baju putih dan jeans terlebur berderai. Haku ni pun satu, kenapalah tak teringat yang semua studio background putih kan. So last minute, memang nak nangis, namun tabah, pandang ke hadapan, berganding bahu memilih baju apa yang ada di rumah. Sebab masa tu dah tak sempat nak keluar pi carik dah! 

At last, TIADA PILIHAN dina pakai baju biasa yang dok kat rumah tu je noksss.. AHAHA.. aku seakan tidak percaya semua ini harus berlaku ~~nyanyi

tapi baju untuk shoot kedua tu baju baru lah sebab kebetulannya beberapa minggu sebelum tu, saya dah tershopping seikit baju raya Irdina. SIKIT je. Fuhhh Fuhhhh




Pagi!!

Lepas masak bubur Irdina, blend, simpan dalam beg bekal dia. Masuk kereta, suapkan Irdina breakfast.
Agak kelam kabut pagi tu, tapi nasib baik tak payah mekap sendiri. So jimat masa nak settlekan anak dulu kat rumah tadi. Nasib baik suami yang baik terbaik terpaling baik tu sanggup nak teman haritu. Tq suami. Saya masih touching sampai ke hari ini :')



(baju pink dalam tu lah baju harian dina duduk rumah. saya berharap, dalam kamera tak nampak begitu lusuh. huwaaaaa.
semoga senyuman dina dapat mengalihkan pandangan pembaca. bhaha)




Sampai pejabat Utusan dalam pukul 10 lebih. Terawal pulak. Mekap-mekap oleh MUA, kemudian tunggu giliran sebab studio masa tu ada artis tengah shoot untuk majalah Mangga. Siapa kata majalah mangga semua kat swimming pool je? Tak hokay. Ni edisi raya, buat kat studio.

Sementara tu, Irdina tidur kejap di surau. Surau yang sangat sejuk dan selesa. Jangankan dina, mak dina pun hampir terlelap di situ!


props untuk hari tu
Jadi saya pasti anda semua dapat agak, topik apakah untuk keluaran Irdina nantiiii... 
jengjengjeng



So kebetulan irdina bangun tidur tengahari je, terus masuk studio dan mulakan !!


Okeh. Kami dah ready!

(shawl tu saya belit sukahati. Malam sebelumnya tak dapat tidur sebab neves. lalu dapat ilham penggayaan shawl begini. harap diri sendiri berpuas hati!)



 Ada scene makan juga. 
Makan bekal yang saya bawa dari rumah.
Irdina sangat teruja sebab boleh makan!
haha ..ksian dia lapar.




Ni gambar dengan kak Fiza setelah shoot selesai.
thanks kak Fiza sebab panggil kami berdua!!
memandangkan kak Fiza yang comel ni pun ada anak kecik, so weols pun berjumpa bercerita topik mak-mak je la. 


Alhamdulillah dina mood okay je. Boleh senyum gelak-gelak. Sebab ramai yang agah dia dari belakang kemeraman!
Tapi beberapa minit sebelum photoshoot berakhir, dia cam ngamuk sikit. 
maybe sebab penat.
dan mengantukkk..





behind the scene
gambar ni dari photographer

LOL
bayi yang sungguh sukakan kamera


Tengokla anak dara sorang ni.
Penat sampai cmni sekali. HAHA
Rileks la Dina. Dulu awak dari dalam perut 3 bulan ummi dah start fotoshoot sampai awak 8 bulan.
^_^




Habis photoshoot, singgah sebentar ke Butik Elya Shazleen sebab dah dekat area bangi kan.



Irdina dan Kayla

Mereka berdua ni seronok betul berborak "dededededeeee"
kami orang dewasa, TAK PAHAM.
sekian.







Oh ya, Majalah Ibu dan Anak ni majalah baru tau.
Sekarang yang ada di pasaran pun baru isu ke 2.
InsyaAllah yang weols punya ni selepas raya baru keluar.
Alahai. segan betul saya!



okbye.
penutup?

wassalam