Isnin, 27 Januari 2014

Travel stroller Irdina (Percutian ke London dan Dubai 2014)

Hai yuols, semakin melupakan blog ni? Tolong jangan.

Pasal, saya ada banyak nak update mulai hari ini (apakah ini janji palsu?)

Saya dan suami bercadang nak bawa Irdina bercuti last week. Dan Alhamdulillah, percutian tersebut berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

Pertama kali bercuti membawa bayi sendiri. Rasanya, semua persiapan percutian pertama bagaikan persiapan menyambut kelahiran bayi. Sungguh teruja.


 Perkara pertama, mestilah passport.
Kebetulan pasport ummi Irdina pun perlu di renew, maka kami berdua pun pergi amik gambar baru.

Reaksi muka Irdina ni, ramai yang kata  dia masam la, dia badmood la sume.
Tapi kenyataannya, Irdina sedang merenung tajam ke arah apek fotographer tu.
Haha
Maka, tersimpankan memori reaksi muka seperti di atas.
Pon bolehhhh





Antara perkara penting nak pergi bercuti sambil membawa bayi ialah stroller.

Sekarang Irdina pakai Quinny Zapp Xtra. Niat nak pakai tu je. Tapi bila lipat (fold), kena asingkan frame dengan tempat duduk. So agak leceh kang terhilang 1 part nangis la kami.

So, misi mencari travel buggy atau travel stroller bermula.

First and foremost, kami cari yang lipat skali sahaja (tak kesah la lipat payung ke lipat ketupat ke lipat kain ke)

Bila lipat sekali je, mudah la kerja, especially nak naik teksi nanti, nak naik public transport, kat airport kang dengan sibuk menolak beg, membawa bayi, menolak stroller. gitu.
so lipat sekali dan ringan adalah faktor utama yang kami cari.





 Ini brand my dear . Memang sesuai untuk travel, sebab bila lipat serious jadi kecik (bukan lipat payung naaa). Ada sediakan beg sekali dan boleh jadi mcm hand luggage. Harga RM399 kat Manjaku Wangsa Melawati.

Kami sebagai umi dan ayah memang dah berkenan, tapi tak sesuai untuk size anak kami, Irdina.
Bila Irdina duduk, takde ruang untuk dia letak tangan. So tangan dia terpaksa terjuntai terkeluar. Kasihan betul. So cancel terus.


Pilihan kami seterusnya ialah Maclaren Volo, atas cadangan ramai mak-mak di luar sana. Cari punya cari, tak jumpa. Rupanya kat Malaysia dah tak masuk lagi jenis tu. Kecewa.


Last-last pergi ke The Curve. Kat Mothercare, terjumpalah stroller yang (hampir) menepati ciri-ciri travel stroller yang kami mahu.

Halford merah.

senang cite.

Paling ringan antara banyak-banyak stroller yang dipamerkan di situ, dan paling murah.



 RM299 sahaja.

Ramai pulak tak puas hati dan bertanya "kakain kenapa nak stroller murah? kenapa tak beli yg ribu-ribu?"
nanti di akhir entry akan ku tunjuk bukti sebagai penjelasan kepada persoalan di atas. HAHA.

So kami pulang membawa Halford merah ni. Tapi yang tak bestnye, tak boleh nak recline. Kalau yuols nak travel sambil bawak baby bawah 6 months, memang tak sesuai la pakai stroller ni tau.


So dah siap semua , maka, 16 Januari 2014 tempoh hari, berterbangan lah kami sekeluarga ke London.
Haaa berterbangan kau. Feeling pari-pari sangat!



 Sekarang masih winter di sana.
Memang sejuk, Irdina redha je.




 Public transport (bus) kat sana memang ada ruang khas untuk parking buggy/ stroller dalam bas.
so naik bas, tak payah nak fold pon stroller anda.

and kalau naik teksi pon, just lipat and diorng akan suruh weols letak stroller di sebelah driver ( fyi,teksi kat london besar, seat blakang muat masuk 6-7 orang)
so alhamdulillah takde sebarang masalah dalam membawa stroller ke sana.



 So kakak, bagaimana nak bawa stroller naik kapal terbang?

Oleh kerana size dia tidak seperti hand luggage, maka stroller ini haruslah di letakkan label/  tag airlines semasa korang check in bag, kemudian, lipat dan letakkan ia sebelum masuk pintu pesawat. Nanti akan ada orang yang akan kumpulkan stroller2 ini.



kat mana nak buat tuntutan stroller lepas kapal terbang dah mendarat?

boleh tunggu sahaja di tempat tuntutan bagasi anda. Biasanya stroller/buggy mereka akan hantar last.




Anda kena redha k, jika stroller anda telah rosak seperti stroller Irdina (sila rujuk gambar)

Kami dapati stroller kami telah terkoyak semasa transit di Dubai.

Memang risiko stroller kena campak dengan orang airport adalah tinggi.
Sebab tu saya taknak beli sampai ribu-ribu untuk travel. Kerana alasan ini. So untuk harga RM299 tak ralat sangat. Kalau stroller RM1299, mau aku ngamuk 1 airport.

 Tapi sedih gakla, sob sobsss





ok sehingga bertemu di entry seterusnya, entry berterbangan di London dan Dubai.




Muahhh2

Tiada ulasan: