Jumaat, 7 Februari 2014

Part 2: Percutian ke London dan Dubai 2014

 ini entry sambungan dari entry yang lepas ye KLIK SINI



maka pada 16 Januari 2014 kami bertolak ke KLIA jam 6 pagi, sebab flight kami kul 10 pagi camtu la kot (dah lupe dah . haha)



 First time travel naik emirates. Seperti yang anda sedia maklum, kalau naik Emirates untuk ke London, weols akan transit sekejap di Dubai. Agak lega di situ, sebab saya bawa anak kecik. Kalau naik MAS konfem direct 14 jam flight. Fuh fuhhh...

So bila ada peluang untuk transit (KL-Dubai 7 jam) (Dubai -London 7 jam), maka, peluang yang ada dapatlah di gunakan sebaik mungkin,. Gitu.

 Nebes ok nak bawa anak kecik menaiki kapal terbang berjam-jam. Huuuu



Kawan Irdina pun ada skali nak tengok Irdina fly . haha. Baby Hani.


Oleh kerana weols sampai awal pagi tu, lepas check in beg semua, pergi lepak sarapan dulu. Saya bawa bekal bubur irdina. Dengan harapan, bila dia dah kenyang, nanti naik flight boleh terus tidur.
Harapannya la. huuuu....

Tapi time ni saya agak panic, sebab Irdina dah 4 hari tidak buang air besar. OHHH NOOO
Besarlah harapan ummi untuk melihat Irdina berak saja di KLIA, tolongla berak sebelum kita boarding nanti, nak. 




Time kat sini masih boleh bawa stroller lagi. Tunggu dia panggil untuk boarding barulah kite hantar je stroller ke cabin crew. 

Irdina dah mengantuk sangat time ni, tapi kami alihkan perhatian dia sekejap. Supaya dia boleh tidur kat atas nanti.

Dah ngamuk sikit, huuu..tak apa. 




Ok, yang ni tak pernah tahu pun sebelum ni. Rupanya penumpang yg bawa baby dan anak boleh masuk dulu, lepas first dan business class masuk dalam kapal terbang. Yela, ni kan baru anak pertama, of course la tak pernah tahu sebelum ini. fineeee





Seat untuk baby memang tak ada tau. Means, dia kena duduk dengan parents je la. Takde seat sendiri . TAPI anda boleh request untuk bakul comel ni untuk dia tidur. So mak tak de lah kebas tangan pegang anak tidur sepanjang penerbangan.







Hmm, tapi Irdina tak suka duduk situ . Meronta-ronta dia minta dibebaskan, HAHA. Baiklah,nak.



Pelbagai cara taknak bagi di kecik ni boring. Nasib baik ada mickey mouse, tapi dia layan 4 saat je. 

Tengok jam, laaa..... baru terbang 2 jam. Cemana ni???!!!

Budak kecik ni dah bosan dah ni....



Ni selimut dan plush toy Emirates. Bebudak dapat free



Sejam kemudian, Irdina kelihatan meneran-neran. Ummi dah tersenyum lega. TAPI tak lega, sebab HELLO, kita bukan di airport, kita di atas awan. Tapi tak apa, janji perut anak dah selesa, hati ummi ayah juga selesa. 


Masuk toilet terpaksa lap pakai sebanyak mungkin baby wipes.

TIPS: Bawa baby wipes sebanyak mungkin dalam hand luggage.


sebab plan nanti time turun transit kat Dubai, saya boleh la mandikan dan cuci guna air bersih-bersih.



Lepas tuka pampers , terus tidur budak kecik ni.....








lega ummi tengok dia selesa camni  tau.

so bila Irdina tidur, ummi pun dapatla rehatkan badan, tidur sekejap .








Masa nak boarding dan landing, sila susukan bayi anda untuk mengelakkan telinga baby tak selesa Tapi masa nak landing kat Dubai tu, dia tak nak pulak susu. So terpaksa la hiburkan hati dia dengan membacakan buku fevret. 

TIPS: Bawa sekali mainan dan buku kegemaran anak anda. Snek juga.





Yahuu, berasa lega 7 jam penerbangan telah berakhir.

Sampai Dubai Airport terus berlari ke Baby Room, mandikan Irdina bersih-bersih.  Tukarkan baju .

Beli makanan untuk makan atas flight nanti, 

duduk lepak sekejap, buka contact lens dan pakai spek. 

Sebab waktu tu, ikut waktu Malaysia adalah waktu malam, so confirm naik kapal terbang jakg terus kroihhh kroihhhhh..






Alhamdulillah, sepanjang perjalanan 7 jam dari Dubai ke London, Irdina tidur 6 jam , bangun sejam je untuk makan.

Kali ni dia tidur kat seat ayah, ayah pulak pergi duduk kat seat kosong blakang-blakang. heee


Time ni, ummi irdina layan cerita korea kelakar gile sampai ketawa berdekah-dekah pun tak rasa bersalah. Irdina tetap tidur terbongkang dengan nyenyak . Good girl.


Sampai London dalam pukul 9 malam (waktu london), so waktu malaysia pukul 5 pagi. 
Irdina baru nak bangun , main-main. HAHA 

Ummi pun temankan Irdina

JET LAGGED  sesama k.







So ni antara free gift yang Emirates berikan untuk kanak-kanak.
Setiap kali penerbangan , mereka akan berikan, So all these item i dapat 4 set. 
HAHA
ada yang i sengaja je tak ambik sebab banyak sangat lah pulak kan.
>_<









 selimut 



 note book dan pen dari Quicksilver


 coverina mata.

ni bagus bagi kat mak budak tau.
cover sikit mata panda ni.
HAHA


bag comel



TIADA DALAM GAMBAR:  toilettries set for baby, coloring book, pencil colour.



 pastu masa Irdina baru bangun tidur, pramugari datang bawak camera.
Tanya nama dina dan terus bagi kad ucapan selamat hari raya ni, hahaha


siap dapat 2 keping gambar lagi. 
Muka dah kiut da, rambut lak takleh cover, HAHA



Ok, so far saya lebih sukakan Emirates dari MAS dan Air Asia X, sebab makanan Emirates adalah SEDAP....hikhikhik..



JUmpa next entry pulak ye, InsyaAllah 

Tiada ulasan: