Rabu, 31 Disember 2014

Kisah bersalinkan Aqil Haris

 Entry pengalaman bersalin Nur Alya Irdina boleh baca kat link ini yaaa ----> SINI





Salam semua.

Ini entry terakhir pada 2014 insyaAllah sebagai penutup entry tahun ni, kite imbas kembali carta lagu pehallll pulak kan. HAHA.

Kite imbas kembali perkara terpenting pernah berlaku dalam hidupku. 

Jap, entry ni sumpah panjang. Rasa macam semua benda nak tulis. Tapi kite tulis je la kbye.



Hmmm

Checklist persediaan bersalin tu rasanya ramai dah orang share di blog-blog, yuols google je k. 

Pengalaman mengandung Aish pun takde masalah apa. Semua normal. Gembira dan menghiburkan. Alhamdulillah.

Cumanya. beberapa minggu sebelum bersalin, kami dikejutkan dengan satu berita. 

Saya checkup setiap minggu kat Tunku Azizah Maternity (Sri Rampai), sebab hendakkan diuruskan oleh Dr KAY, dokter yang sambut Dina dulu, lagipun dah biasa dengan dia. (Dulu Dr. Kay kat Pusat Perubatan Naluri). Kalau saya masih check up dan bersalin di Naluri, tak best dah sebab Dokter kat situ ada yang lelaki. Seram aku kalau dokter lelaki yang suruh kite push-push. HUUU.

ok paham tak cerita sampai situ?

So kali kedua ni, saya over confident pulak nak bersalin kat Tunku Azizah Maternity (TAM) sebab tu klinik baru. Lawa yuols. Kaler pink omey je. Jauh beza dengan Pusat Perubatan Naluri dulu. 

Tapi langit tak selalu cerah. HAHA.

Masa minggu ke 29, tergerak hati nak tanya kat nurse kat TAM, "u ada brochure tak utk rate bilik bersalin kat sini?"

"akak bersalin bulan berapa ye"  

"bulan 10"

"ooo kite belum bukak lagi. bermula bulan 12 baru boleh bersalin sini"

DANGG..ADA BATU JATUH ATAS KAPALA (read: KAPALA ok bukan KEPALA)

"aik. habis saya nak bersalin kat mana ni dik?"

"Dengan Dr. KAY kan? sementara ni bersalin kat Dewan Bersalin Muslimah kat Batu Caves"


Gitula ceritanya. Frust kau. Terpaksa pergi jugak tau. Sebab Dr. Kay punya pasal. Kat mana DBM pun tak tahu. Tapi syukur la sebab dekat jugak dengan rumah. Rumah area Keramat Tengah je. Hmm . Sebenarnya takdelah dekat sangat pon. Kbye. HAHA. 

Dijangka bersalin pada 23 Oktober 2014. Naluri kata awal baby keluar. Sebab kali ini punya kandungan agak berat. Maybe sebab baby boy, struktur tulang lain sikit dengan baby girl. Tapi ye, memang perutku besar lain macam sikit.

Bermula minggu ke 37, setiap masa pujuk baby keluar cepat. Kerana daku tak larat lagi berjalan ke sana sini, lagipun hati sentiasa risau baby lemas ke apa dalam tu , which is ini adalah normal bagiku di saat-saat mengandung ini :'(

8 Oktober 2014, ada masa perut memulas. Ok diamkan saja.

9 Oktober 2014, perut tak selesa. Lupa macamana sakit nak bersalin. So saya tak kisahkan sangat. Padahal hati memang kuat kata, inilah masanya. HAHA. kompidennn. Malam tu pukul 8.30 call TAM, kebetulan Dr. Kay ada. So bergegas ke klinik. Check rupanya sudah buka 3cm. 

U balik dulu rumah. Esok pukul 8 pagi u serah diri terus masuk wad. U terus ke Dewan Bersalin Muslimah Batu Caves


Sebelum balik tu, pegi bayar deposit bilik dulu siap-siap. 

Malam tu tak boleh tido. dah start rasa sakit. HUUU. Sebab dah tau dah nak bersalin, mindset kite pun dah terpikir sakit. Kalau Dr. Kay tak bagitahu dah terbuka 3 cm , mesti malam tu aku tido lena. hahhaa

Kemas beg. Hati sedikit risau. Berdoa. Masih risau. Solat hajat. 

Google pasal Dewan Bersalin Muslimah.

Carikkan baju cantik Dina gantung depan almari dia, harap esok bibik pakaikan baju tu nanti masa dia datang hospital tengok umi dan adik. :)

Pukul 3 pagi baru boleh tido kot. Tu pun tido ayam. 



10 Oktober 2014

Pukul 5 pagi bangun mandi. Duduk mengaji. Usap-usap rambut Dina kat tepi. Ya Allah berdebarnya kali ini lain macam. Berdoa sangat supaya Allah panjangkan lagi usiaku , supaya pagi tu bukan kali terakhir saya cium dan sentuh Irdina. 

Hakikatnya, pagi tu, saya rasakan saya melangkah kaki keluar dari rumah untuk berjuang antara hidup dan mati. 

Lepas mengaji, solat subuh. Dina terbangun dan menangis. Macamana dia boleh dapat rasakan yang saya akan tinggalkan dia sepanjang hari ini? Saya nangis lagi. Cium dia sekuat hati. 

"Kakak maafkan umi. Umi tak balik rumah malam ni. Umi tak tido dengan Dina malam ni"

Sebelum saya keluar rumah, mak mertua saya dan bibik dah pujuk-pujuk dia. Tapi dia nak jugak ikut. 

Sebab dah lambat, saya terus keluar tak tengok dia pun. HUWAAA sama-sama melalak. 







Pagi tu redup je. Pagi jumaat. Hati sangat tenang. Pergi carik kuih dulu area rumah, buat alas perut. slumber je pukul 8 baru gerak menuju ke Batu Caves. patut pukul 8 pagi dah kena ada kat situ.

Dah la pertama kali , nak kena sesat mencari Dewan Bersalin Muslimah tu lagi. hahhaa

Minum skali air zam-zam dan kurma yang saya bawa dari rumah tadi.


9 pagi - terus masuk wad dan tukar baju seragam pesakit. HAHA. Baring baring jap sambil berbual dengan suami. Zikir dalam hati. Perut dah start sakit yang kerap.

DBM tu ada 4 je bilik pesakit (semua single room). 1 labor room. Bilik saya depan labor room dan depan nursery. 

Masa saya sampai tu, ada sorang tengah bersalin C-zer. Lepas dia, aku weh. HAHA Jammed terus kepala.

9.30 pagi - Nurse datang check bukaan baru 4cm. YA ALLAH aku ingatkan dah 8 cm ke apa. Dia punya sakit dari semalam tu baru 1cm je bukak. Ok bersabar. Saya tak ingat la, samada dia tunggu sekejap atau terus pecahkan ketuban.

Dokter Zanariah datang melawat (sebab dia yang uruskan patient c-zer tadi). Dia kata saya kemungkinan pagi ni dah boleh bersalin.

"is this your 1st time (bersalin)"

"second"

"dulu tak amik epidural kan?"

"tak dokter"


ok terus dia blah. 


Maybe dia tanya camtu sebab dia nak tau tahap tahan sakit saya ni macamana. Tapi yuols, selagi boleh tahan, tak perlu amik epidural. Kawan-kawan saya yang amik epidural, anak dah masuk 3 tahun pun dorang masih rasa sakit belakang yang melampau, kesan dari suntikan penahan sakit tu. Dengar kata hati, kalau rasa boleh tahan, TAHAN. Kalau rasa banyak duit dan taknak sakit masa bersalin, amik la. Takde sape halang. HAHA. 

Alhamdulillah saya bersalinkan Dina dan Aish TANPA EPIDURAL.


10.30 pagi - contration datang menggila. Teknik pernafasan sangat penting! Alhamdulillah nurse semua baik-baik. Istighfar. Pegang tangan suami. 


10.40 pagi -  Check bukaan dah 7cm. Masuk labor room. Tengok Nurse lalu lalang. Ada sorang makcik ni tabik gile, dari tadi dok bagi sokongan moral. Dari saya dalam wad lagi. 

"Good job girl. U sangat tenang. Senyum je dari tadi. dalam situasi cmni u masih boleh senyum macam takde apa-apa. sebab tu cepat betul bukaan u "

macam takde pape dia kata? macam nak gile aku tahan ni. hahahha.

10.50 pagi -  Dah rasa nak membuang air besar (paling sopan punya ayat). walaupun aku tau, masa tu kepala baby dah kat bawah sangat-sangat.

paling risau, kelibat Dr. Kay pun tak nampak. cemana nak bersalin ni?? aduihhh..

Pastu nurse call Dr. Kay. Dokter baru nak park keta. HAAAAAA..okbyeee!


11 pagi - dah standby nak bersalin siap. Dokter pun dah berada di posisi dia. 


 terus PUSHHH

(pastu dokter bagi bius masa jahit. Sebab ada orang kata i bius mamai tu bius epidural. bukan ye. bius yang buat saya mamai tu ialah bius masa jahit yang disuntik lepas baby dah keluar. kalau rasa takot sakit sila request kat dokter, cakap nak bius paling power punyooooo sambil tangan buat peace)


11.11 pagi -  keluar la anak bujang umi dan ayah melihat dunia. 




Assalamualaikum anak umi....

genap 38 minggu duduk dalam perut umi kan?

Muhammad Aqil Haris bin Mohd Afiq

3.2kg lahir secara normal jam 11.11 pagi, pada 10.10.2014.





Dah settle suma, kena paksa turun dari katil LR sebab ada patient nak bersalin. KAHKAHKAH.



lawak apakah ini. orang baru nak layan mamai-mamai kena bius tadi, kena turun lakk. kacauuu doe. 

sebab LR ada 1 je, so bertimbang rasa sket la kannn...

turun dari katil, duduk atas wheelchair terus baring dalam bilik wad ku.






 Aik beberapa saat dilahirkan, terus bukak mata tengok kamera. Syukur Alhamdulillah, Allahuakbar, di hari Jumaat penghulu segala hari, Allah tolong saya, Allah tolong ringankan kesakitan bersalin dengan memudahkan proses kelahiran anak kedua ni. 

Sama mudah macam bersalinkan Dina dulu. Alhamdulillah.



omey je pakai bedung pink tau. 

Abang dan kakak ipar saya orang pertama datang melawat. 
Tengahri dah datang. Tenkiu korang.
Masa ni i masih mamai dan mengantuk. heee



Pukul 1 petang dah bosan. 

Panggil nurse, saja cuba nasib "kak, saya boleh balik rumah sekarang tak?"

"eh. kena tido 1 malam. balik esok ye"

ok tak berjaya. kfine. HAHA



Pukul 1 lebih suami balik rumah sekejap, saya suruh dia balik makan dlu, dan datang semula bawa Dina.

RINDU Dina













Pertama kali jumpa adik. Suka sangat dia. :)










Malam tu tak boleh tido. Teringat Dina. Sebab tu la pertama kali Dina tido tanpa umi dia. Tak sabar nak esok. Nak balik. 


Esoknye pukul 8 pagi dah mandi. bersiap nak balik. Padahal dokter tak tahu datang pukul berapa. Haha. kompiden je nak balik pagi tu. 

Jakg rupenye tengahri jugak dapat balik. sebab staff TAM kat DBM tu tak ramai haritu so kaunter checkout pesakit TAM kosong. Huuuu.

haritu ada yang bertanya rate bersalin kat DBM kan? bil saya aritu ialah RM2500 plus plus ..tak ingat exact amount. tu tanpa Epidural la. Kalau epidural shj biasa RM800 ke atas rasanya (tu rate kat Pusat Perubatan Naluri wangsamaju la sbb pernah ternampak brochure dia)

So pada pendapat saya, yang penting tawakal. Tak kira awak bersalin kat mana pun, sakit bersalin semua sama. Mintak doa kat Allah supaya Dia permudahkan awak bersalin. Sakit tu hanya Allah je yang tahu, dan Allah la jugak sebaik-sebaik Tuhan yang MAHA Mendengar, MAHA Pemurah. 




11 oktober pukul 12 tengahari dah sampai rumah. YAYY disambut oleh kakak Dina yang dirindui!






Adik Aish dan Kakak Dina




 Hari ke 3

Sebab ni anak kedua, kite tak banyak beli baju newborn dia.
Recycle balik baju-baju Kakak Dina yang kaler bersesuaian.
Pink bunga-bunga pun Aish pakai.
HAHA

ala, budak kecik tak kot pakai pink, bunga.
Nanti besar skit barulah umi dress up kan awak maskulin gituuu.





percaya tak, kami pikir nama anak lepas anak da keluar. 
Dina dulu pun sama. 
kihkihkih



Kenapa saya kata, bersalin adalah perjuangan antara hidup dan mati?

memang takde orang mati sebab sakit bersalin. saya tak kata sakit contraction tu boleh bawa mati.
Tapi dalam keadaan bersalin, kite terdedah kepada pelbagai komplikasi. 
Bertaruhkan nyawa untuk satu lagi nyawa.


teringat saya akan seorang rakan blogger. Saya follow dia dari zaman dia belajar Medic di Ireland. sampai dia dah kawen, balik malaysia dan jadi dokter, sampai ada anak sorang.

Last saya tahu perkembangan dia 2 tahun lepas, dia sedang mengandung anak kedua.

Tapi, tahun lepas saya dapat berita, yang kawan ni sedang koma selama setahun, sejurus selepas melahirkan anak kedua, malahan belum sempat bertentang mata dengan anak yang dia kandung dan lahirkan itu. 


Setahun dia tak sedarkan diri. Menangis saya setiap kali bukak FB dia. Tengok apa yang si suami tulis di wall dia. Setiap hari , selama setahun berharap isteri dia buka mata, panggil nama dia.

Selama tu jugak suami dia akan tulis dalam nada "beritahu" tentang anak2, tentang hari istimewa mereka. Dengan harapan isteri dapat baca selepas tersedar dari koma.

kawan-kawan dia yang komen kat wall fb semua suruh dia bangun. tengok anak da besar, bangun main air banjir .

Rasanya sampai sekarang kawan saya tu masih belum sedarkan diri.  Semoga Allah sentiasa bagi dia kekuatan untuk dia bangun jugak satu hari nanti. kalau bukan untuk diri dia pun, die kena kuat dan bangun untuk anak-anak dan keluarga dia. InsyaAllah. 



kite selalu dengar orang pesan, nak bersalin, mintak ampun dengan suami, mak dan mintak ampun dengan Allah SWT. tapi sebenarnya bukan masa bersalin je, masa tak bersalin pun kena jugak mintak keampunan dan keredhaan.

jangan lupa kawan-kawan. 



pastu masa tengah contraction tu, kalau sakit sangat, bacalah ayat ketika Nabi Yunus a.s dalam perut ikan.








Bermula la episod berpantang.






InsyaAllah next entry pasal kisah Aish demam kuning, kena admitted wad kat Pusat Perubatan Naluri wangsamaju.
umi tido wad sekali ke?
kalau tinggalkan baby, bagi susu FM ke susu pump?
habis kan tengah pantang hari ke 5? makan sume takkan makan makanan spital?urut?


haaaa semua pertanyaan korang tu bakal terjawab next entry insyaAllah.

19 ulasan:

Ann berkata...

alhamdulillah...ibu yg kuat ni xamik epidural...tips die kene tenang eh..xde pengalaman lg ni..moga2 ade rezeki nak merasa...aminn...

Husna Adnan berkata...

Best la baca, senang betul Aish ni keluar. Cuma benci satu benda je. Benci tengok diri posing macam iklan gemuk tetiba dengan orang baru bersalin!! T_______T kakaka kbye

Mila Hilas berkata...

patut lama x nmpk update, preggy dan bersalin upenya...tahniah..dh ada sepasang

Rina Ellisa berkata...

Alhamdullilah dipermudahkan semua nya..

Tahniah sis :)

Ilyana AS berkata...

Best nye baca che ta oiii hehe...Alhamdulillah dipermudahkan utk awak

Cik Puan Tqah berkata...

tahu ain ckp pasal sape.. sedih jugak..tqah follow blog mak ja.. dia memang xsedar2 lagi.. huhu

Liyana berkata...

bestnye baca entri ni ummi. cepat update yer :)

Widad Jannati berkata...

Salam

Kemain dia punya sedutan untuk entri tahun depan tue. Sungguh mendebarkan okay! Hehehehe

~ Mama Haris (juga!)
~ Nabila la.. :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak ain, alhamdullilah. dulu pun sheila ingatkan kena inject epidural masa nak jahit bawah tu. rupanya tidak. hiihiii hensem sangat Aish ni!

Aishah Amin berkata...

Bestnya baca..ralit..tak rasa panjang pun. Tahniah atas kelahiran Aish..teringat masa bersalinkan Imaan.

BTW I follow your blog yaa :)

nurawanees berkata...

alhamdulillah da sepasang....comeyyy sangat.insyaallah mudah2han kite pon berpeluang merasa jd ibu jugak...=)

Aya Zuki berkata...

Wahh bestnyaa dpt ambil gambar fresh2 baby baru keluar..kak ain update byk2 lg hihu

Min Aina Ila Aina berkata...

Alhamdulillah, tahniah. Teringat melahirkan anak akak juga bulan 10 yang lepas. Belum sempat buat entri lagi. Bagus Ain dah boleh karang entri lengkap.

Rose Azadir berkata...

Salam kenal, congratulations!!cute baby sis....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

Carlos Santiago berkata...

comel dina

Siti Rohayu Ayu berkata...

suka baca blog sis ain hehe..tapi sy pun baru tau ari ni sis baru buat come backkk gituu..igtkan tak nak berblog dah heheehe..nnti share mcm2 lagi tauuu, tak sabar nak baca heheeh :)

Murni berkata...

Akak, share la link blog or fb yang kawan blogger koma tu. Sedihnya.

chiku the chucuru berkata...

baru lepas bersalin pun cantik... salam kenalan...
tengah mencari bersalin di Tunku Azizah, terjumpa blog ni

She said... berkata...

salam..sy bkl bsalin di tunku azizah. tp dilemma pilih dokter.bole awk share knapa pilih Dr k berbanding Dr zana? ok x servisnya? tq ;)