Selasa, 13 Januari 2015

Baby E Baby Spa & Wellness wangsawalk mall


Dari bulan 12 aritu kite dah plan nak bawak Dina dan Aish pegi baby spa. Tapi tunggu suami free skit sebab biaseleeeeee, suami saya akhir tahun dia sibuk banyak. Kite pun paham je la kan.

Lalu, 5 Januari 2015, kebetulan kite dengan suami dating kat wangsawalk mall. Maklumla, anak-anak tak boleh tinggal lama-lama, so kami dating kat shopping mall yang paling dekat dengan rumah je la. Haha.

Kalau korang perasan, WWM dah besar kan? Pastu ada banyak kedai baru. Masa kami tengah teruja round2 buat site visit, kat ground floor, kedai paling hujung dan tersorok, dekat dengan kedai makan Absolute Thai, rupanya ada BABY SPA!!


Baby E Baby Spa & Wellness

OH MAIIII..


Terus heret suami masuk dalam tu. Nak tanya rate harga dan suami pun teruja. Terus kami book appointment 8 Januari 2015 , pukul 5 petang (sebab lepas kena massage pastilah anak-anak akan bertenang dan tidur awal malam tu haha).

Masa tu ada harga promosi. RM68 shj untuk kali pertama dan RM58 untuk second purchase. Sebab kite ada 2 anak, maka kite dapatlah dua-dua harga promosi tu. So Dina dapat harga RM68, dan Aish RM58...

Sangat jimat. Tapi promosi tu tamat sampai 12 Januari iaitu semalam. So harga kembali kepada asal iaitu RM86 (swimming + massage + swimming diaper).





Kedai dia tersorok tau. Kat Ground Floor, 
area Absolute Thai, TGI sume tu.
So korang kenalah jalan sampai habis kedai kat ground floor tu insyaAllah jumpa.




Tak sabarrrrr nak bawak anak-anak kuuuuuu.






Sehari sebelum hari spa tu, Baby E hantar SMS untuk ingatkan pasal appoinmnt kami.
make sure anak-anak cukup rehat dan cukup makan/susu 30 minit sebelum sesi berenang.
Jika tidak, anak-anak pastilah akan mengamuk. huuu



Maka, pukul 4 lebih bibik dah siap-siapkan Dina dan Aish.
Kat Baby E takde shower room, maka anak-anak mandi petang macam biasa kat rumah dulu.


Masa kami sampai, dalam pukul 5 suku, memang takde orang pun.
Seronok la kan. Mungkin sebab weekdays. Dan staff dorang pun cakap, biasa weekend paling ramai. Weekdays lepas pukul 6 baru ramai customer (lepas mak bapak habis keje).
sesi terakhir setiap hari adalah jam 8 malam ye. 
So siapa nak bawak anak pas maghrib pun sempat lagi. 



 Dina ni jenis takut dengan orang yang tak dikenali. Maksud saya, SANGAT TAKUT.
Mula-mula risau juga, risau dia terjun keluar dari kolam je.Tapi nampaknya dia sangat terhibur dan gembira. berenang-renang dengan hati riang. Dan sekejap je dia boleh suka dengan staff Baby E.

Staff yang ada petang tu 2 orang. memang sangat friendly. sangat berhati-hati dengan kanak-kanak, ceria. Dina yang paling susah nak suka orang pon, sekejap je dah suka. heee. Dan paling penting, diorng banyak info untuk diexplain kepada kami mak bapak. Almost every question yang saya tanya, dia dapat jawab. walaupun aku tanya soalan mengarut antaranya "boleh tak baby-baby kat sini swim tak perlu pakai pelampung leher ni? haha". 







 Dina mandi dulu sebab tub adik tengah isi air.
Tub besar tu untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas, sampai umur 3 tahun.
Dah memang ada air kat situ, so kakak terjun je la terus.

Jangan risau ye, kolam tu ada fungsi khas untuk menyah bakteria.




Kenapa baby pakai tub kecik, 6 bulan ke atas pakai tub besar?

sebab bubble untuk baby slow sikit,berbanding bubble untuk kolam besar tu.







Dina kelihatan sangat tenang, selesa, emosi pun stabil (tak takut-takut ahha)





ok, tub Aish dah ready!

Mari berenang!!





 paling suka!!!!

sebab time ni je la die dapat buat senaman kan.
Biasa asik baring , duduk sekejap.
once dah bagi berenang memang aktif betul kaki tangan dia.





berapa lama bayi berenang?
biasanya baby kecik lagi macam Aish ni berenang 10-15 minit dah penat.
Tapi selagi dia tak nangis, maksudnye dia tengah enjoy la.
Dia akan mula menangis untuk bagitahu dia da PENATTTT. 
tapi Dina akan mula menangis untuk bagitahu dia nak LAGII hahaha.


berapa lama kakak dina berenang?
kalau dah umur 2 tahun mcm kakak tu, 4 jam mandi pon dia suka. hahaha
so rasa mcam dan 30 minit tu, bolehla pujuk Dina untuk keluar dari kolam.




Yang chinese rambut pendek tu owner Baby E spa ni.
Friendly sangat.
Dia pun ada anak kecik, umur 1 tahun 2 bulan. so kite yakin dia tau apa yang mak2 perlukan bila berada di spa ni.

antaranya ialah
 NURSING ROOM.

nursing room yang selesa, besar.cantik.
Lepas Aish swim, dia nangis lapar terus kite lari masuk dalam nursing room jap.


Massage time

Dina dan Aish pun behave je masa ni.



Lepas massage, staff ni layan Dina menyanyi . seronok la makcik tuh 


So masa kami nak balik tu, parents n baby dah start ramai. Adalah dalam 2 ke 3 group camtu la. Sebab dah habis office hour kan.

KIte ada tanya jugak staff tu, brape kali bagus hantar anak ke Baby Spa ni?

Die rekemen 2 kali sebulan. Especially untuk babies (4 months ke atas) la sebab dorang masih dalam learning process dan bagus untuk growth development.




Ni kite share sikit kebaikan baby spa kepada baby ye:

1) Menggalakkan perkembangan otak - merangsang deria bayi
2) Meningkatkan keyakinan dan keselamatan bayi - membantu bayi untuk merasa lebih disayangi, dihargai dan dihormati.
3) Tingkatkan kestabilan emosi bayi - mengurangkan bayi menangis dan tekanan emosi.
4) Mengukuhkan hubungan ibubapa dan bayi 
5) Meningkatkan keselesaan - melegakan bayi daripada angin, kembung perut, sembelit, dan rasa tidak selesa nak tumbuh gigi.
6) Meningkatkan ketenangan - bayi lebih tenang dan tidur lebih lama.




Kat situ uols boleh pilih nak register pakej terus cth byr terus untuk 5 kali spa atau 10 kali atau ikut budget anda la. Amik pakej murah sikit la.



Tapi kami hanya register untuk membership je. bayar RM10 sahaja. dan dapat kad ini.





Makin banyak kali ke spa ni, bayaran yang dikenakan makin murah. Lagi best, boleh share 2 orang anak untuk 1 kad.

Kalau awak ada 5 orang anak, masuk kali pertama, kali kedua terus dapat FREE hahaha takla tipu je.

tak tahulah boleh share brape ramai untuk 1 kad ni. max mungkin 2 orang anak la.

YANG PENTING, JIMAT BANYAK!

dah la dekat sangat dengan rumah, agak-agak bosan takde buat apa, baik pegi sini je bawak anak-anak gembira berenang kan :)



sebelum balik, staff nama Sakinah ajar kite cara massage baby untuk elakkan perut kembung dan sembelit.  Siap buat demo kat anak patung, bagi kite paham dan dapat praktikkan kat rumah. info yang sangat bagus untuk mak-mak yang ada baby kecik. 

Overall kite bagi 5/5 . Staff yang peramah dan ceria. suka senyum. pegang baby pun tak kekok. boleh layan anak kite dengan baik. environment dan deco pun best, bersih, cantik, kemas, selesa. 



sayangsayang sekalian




Baby E Baby Spa & Wellness
Lot G-01C
Wangsawalk Mall
013 337 8860





11 ulasan:

Mila Hilas berkata...

comelnye anak2 ain

sYiRa LoKMaN berkata...

alolo..comenyeee

Kopiolimauice berkata...

bagus bb spa ni bukn takat org dewasa je nk dimanjakan ye dak? kanak2 pon nak jugak ;p

Nurani SHAKLEE berkata...

ehh, dah ada 2nd baby..
yang akak dah besar dan cantik

HASRUL HASSAN berkata...

Hmm macam best je tempat ni. Untuk golongan kemampuan, boleh cuba baby spa ni.

Lama dah tak dapat baby .. hoho ... suka tgk pict baby comel tu. :)

www.hasrulhassan.com

Mrs Little Voice berkata...

bestnya dpt swiming

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Mashitah Mamat berkata...

best nya..seronok jer tgk baby & si kakaknya berendam....

Nabila Syifa berkata...

comel giler anak2 u

Bazilah Azhar berkata...

First time jejak sini and first thing came across my mind is "cantiknye dia ni..." syg dah tak aktif berblogging...
http://bazilahazhar.blogspot.my/