Selasa, 20 September 2016

rindu nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

 Semalam 19.9.2016 kalau arwah abah masih ada lagi, abah genap umur 64 tahun.

Walaupun tak dapat nak meraikan hari lahir abah, tapi setiap masa kite tunggu saat nak jumpa dengan abah lagi. Nanti. 


Dah 9 tahun tak jumpa abah. Peritnya nak sapu airmata setiap kali tersalah sebut panggilan "abah" kat ayah mertua. Walau 9 tahun dah tak jumpa, tak hilang juga sasul tu.


Selepas 9 tahun, abah.....Hari Raya Aildilfitri tahun ni kami bawa salah sorang cucu abah untuk datang tengok "tempat abah berehat".

Alya Irdina ni teruja sangat pertama kali datang sini. Walaupun dia tak pernah jumpa atuk Salam, alhamdulillah dia pun tak pernah lupa bercerita pasal kubur atuk salam, gambar abah pun kami selalu tunjuk kat dia.






 sebak sangat bila Alya Irdina sendiri yang bacakan al-Fatihah untuk atuk dia.  Walaupun dia masih tak paham, semoga dia pun tahu 1 hari nanti kat sinilah tempat umi dan ayah dia "berehat". Dan dina dan aish jangan lupa doakan atuk salam, dan juga umi ayah nanti bila kami dah tak ada lagi.





selamat hari jadi abah. 
kami rindu abah banyak.



produk muka untuk kulit sensitif

Beberapa minggu lepas, saya jumpa dengan sorang kawan lama yang ada skin problem. Bila jumpa tu saya perasan muka dia dalam kategori alergik sebab habuk. Samada habuk aircond di tempat kerja, boleh jadi juga habuk debu masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik kerja (jika berjalan kaki atau naik motorsikal). 

So saya suggestkan dia untuk pakai Toner Thyers Rose Petal dalam seminggu di samping cuba kaverina (cover up) muka bila berjalan di tempat berdebu. Seeloknya pakai mask dokter tu RM0.50 je beli kat 7 eleven ,pakai masa naik motor pegi balik kerja atau masa berjalan kaki ke LRT. Supaya debu habuk tak melekat kat muka.

Alhamdulillah lepas seminggu, skin dia bertambah baik. Maintain dulu pakai Toner Thayers Rose Petal dan Elysian Booster serum.





so untuk mereka-mereka yang ada alergik, kulit tengah sensitif, tak kesah la sebab salah pakai produk ke apa, saya sangat-sangat syorkan untuk rawat masalah tu dulu dengan Toner Thayers Rose Petal dan Elysian Booster serum.


Toner Thayers RM20.00 (50ml)
Elysian Booster Serum RM85.00 (15ml)

boleh direct whatsapp 017 3322693 untuk pembelian.

atau follow ig @nurulain_ebeauty dan juga @nurulain8888





Toner Thyers sememangnya produk organik, tiada alcohol, tiada paraben dan selamat digunakan.

Yang ada masalah kulit sensitif, yang masih pening kepala nak cari produk sesuai, boleh cuba. takde kesan sampingan.


Sabtu, 13 Ogos 2016

Aish Dah Sunat!

Last entry tahun lepas bhai. Busy tak busy la kan.



Assalamualaikum korang.


Terima kasih pada yang sudi lagi jengah-jengah blog nurulain8888 ni. Walaupun dah bersarang, namun masih berseri. 



11 ogos 2016 haritu anak kedua kite , Muhammad Aqil Haris sunat.  umur dia sekarang 1 tahun 8 bulan. Mak budak tu (aku lerrr tu) memang teringin nak sunatkan anak lelaki awal-awal.


Seminggu sebelum tu kite memang dah book kat Naluri Medical Centre wangsamaju. 


Kite terangkan dulu tau. Ada 2 cara nak sunat baby lelaki. Yang pertama style biasa tu kos RM400 . Yang kedua under DA , bius tidur terus and boleh pakai diapers lepas sunat tu. Haritu staff Naluri bagitau kos RM1100 tak termasuk ubat. 


So kite pun pilih sunat under DA untuk Aqil Haris. 


11 Ogos pukul 10 pagi tu dah sampai Naluri. Aish sebelum datang tu rupanya dah breakfast nasi dan mee goreng pulak. Staff Naluri pulak dari haritu tak pesan kat kite yg Aish kena berpuasa kalau nak buat DA ni. Tapi nasib baik dokter kata ok je buat hari yang sama tu.











Muka budak happy je nak kena sunat. hehhehe





terus masuk wad dulu.
Sementara nurse prepare semua and tunggu dokter luar sampai, Aish macam dah start panic! 
lek ..lek..lekkk....



 lek....lek.... lek....
kemas-kemas beg entah cari apa ntah.
nampak sangat tak lekkk..





 nahh
nurse suruh mak budak plak pakai pakaian ni.
terus rasa kecut perut mak!
dah la memang dulu pun bersalin Dina kat sini gak.
Katil yang sama Aish tengah baring tu.
aaaaaaa jerit dalam hati!



Lepas kite tukar baju tu , kite pun bawak Aish masuk bilik operation.

Dokter bagi taklimat ringkas depan bilik. Telinga tak dengar apa dah rasa nak tercabot jantung kite.
dokter pesan kena jaga luka, cuci elok-elok. pantang makan ikut adat negeri masing-masing tapi dokter suh lebihkan makan protein. tukar pampers dgn kerap.

Dokter cerita sikit pasal prosedur. Memula Aish akan dipengsankan (TIDO). Lepas tu dokter akan bius supaya dia langsung tak rasa sakit di bahagian itu.

Ok done.

Masuk dalam.

Kite dukung Aish. Baringkan kat katil tu. Meronta-ronta dia taknak baring. Nak pulak dia nampak 3 4 orang pakai penutup mulut tu. Lagi dia ngeri. huuuu.


So semua terpaksa pegang tangan and kaki dia ,pakaikan mask gas tu 3 minit terus tertidur.
Pastu I kena keluar. 
Huuu baru nak teman anak.





 So I duk depan bilik ni dengan penuh debaran.
Sempat juga fikir macam-macam.
Sejak bergelar mak , kalau boleh taknak langsung anak kite disakiti, dan tanggung sakit.
Kalau boleh biar kite je tanggung sakit dia, kan?
auwwww EMOSI SEORANG EMAK
hahahaa

15 minit je proses sunat tu.




Tapi rasa macam lama. Sekejap-sekejap jengah ikut tingkap kecik tu. 

Sekejap-sekejap jengah bapak Aish lak terbaring layan mata nak tertidur kat katil aish dalam bilik. T_T

nampak tak betapa rileksnya seorang bapa dan tak rileksnya seorang mak. haha


Alhamdulillah dah settle Aish bersunat.



Kemudian nurse panggil kite masuk. Tengok Aish dah meronta-ronta separuh sedar. 

Dokter kata sebab sebelum tido tadi dia dah meronta, so bila dia bangun, dia macam teringat balik kejadian tu and sambung meronta.

Tapi dia tak sedar pon.

Dekat 15 - 20 minit jugak emosi Aish tak stabil. 
nangis meronta tanpa sedar.

Pastu kite baru teringat semalam tengah malam kite pegi belikan dia 4 ketul Thomas&Friends kat 7 eleven.

Terus tunjuk kat dia. 

Barulah dia happy and bertenang.








 Alhamdulillah anak umi memang good boy










Dalam ni adalah cebisan yang dipotong. 
Nak buat apa dengan benda ni eh korang??
Buang je la kan?? ke kena tanam?



Ada sorang nurse ni bagitau memang bagus sunatkan anak awal. atas faktor kebersihan.





 Dan tengahri tu kak Dina pun datang untuk lakukan soal siasat.

T_______T

Kenapa adik kat sini, mi?
kenapa dengan perut adik tu? 
bila adik nak balik?
adik tidur sini ke ,mi?
siapa nak teman adik?
kenapa ada choochoo (mainan train) kat sini?
boleh ke tengok tab kat hospital?


bertubi-tubi soalan dari tetamu jemputan ni.
Rasa nak bagi gas tidur je kat dina sekali.
ok gurau jeeee





kul 12 tengahari kami pun pulang ke rumah.

terkejut sangat sebab bil RM800 je.
ingatkan seperti yang diberitahu RM1200 macam tu.




Hari pertama memang terbaring je la si anak bujang umi ni.
Rindu nak tengok dia joget lompat- lompat.

Rasa kesian pun ada juga. Haha. dengan muka tak laratnya.

Hari kedua dia da start berani duduk sekejap-sekejap. Bila bosan baring dia mintak berdiri pulak.




Ada yang tanya, susah tak nak jaga?
Kite rasa tak susah pon. And luka tu nampak kemas. Cume dokter bagi gel untuk sapu je 2 kali sehari.
kerap tukar diapers dia.


Hari ketiga dah start jalan , even jalan kangkang-kangkang, tapi tetap kuat tau budak ni.

Alhamdulillah makan berselera macam biasa, lunch kalau tak habiskan 2 pinggan nasi, memang bukan Aish. Breakfast kena ada nasi k. Walaupun nasi kosong dgn kicap hahahhaaha.

Alhamdulillah semua dah selamat.
Tinggal nak tunggu sembuh sepenuhnya.



 sementara kite busy jaga budak sunat, kakak Dina bosan tahap gaban.
Die pergi main semua lipstick umi.
baiklah nakkkk.





Rasa pelik je budak aktif terbaring tak bermaya. 






ni la katil masa umi tengah tunggu nak terberanak kakak awak ni Aish