Sabtu, 13 Ogos 2016

Aish Dah Sunat!

Last entry tahun lepas bhai. Busy tak busy la kan.



Assalamualaikum korang.


Terima kasih pada yang sudi lagi jengah-jengah blog nurulain8888 ni. Walaupun dah bersarang, namun masih berseri. 



11 ogos 2016 haritu anak kedua kite , Muhammad Aqil Haris sunat.  umur dia sekarang 1 tahun 8 bulan. Mak budak tu (aku lerrr tu) memang teringin nak sunatkan anak lelaki awal-awal.


Seminggu sebelum tu kite memang dah book kat Naluri Medical Centre wangsamaju. 


Kite terangkan dulu tau. Ada 2 cara nak sunat baby lelaki. Yang pertama style biasa tu kos RM400 . Yang kedua under DA , bius tidur terus and boleh pakai diapers lepas sunat tu. Haritu staff Naluri bagitau kos RM1100 tak termasuk ubat. 


So kite pun pilih sunat under DA untuk Aqil Haris. 


11 Ogos pukul 10 pagi tu dah sampai Naluri. Aish sebelum datang tu rupanya dah breakfast nasi dan mee goreng pulak. Staff Naluri pulak dari haritu tak pesan kat kite yg Aish kena berpuasa kalau nak buat DA ni. Tapi nasib baik dokter kata ok je buat hari yang sama tu.











Muka budak happy je nak kena sunat. hehhehe





terus masuk wad dulu.
Sementara nurse prepare semua and tunggu dokter luar sampai, Aish macam dah start panic! 
lek ..lek..lekkk....



 lek....lek.... lek....
kemas-kemas beg entah cari apa ntah.
nampak sangat tak lekkk..





 nahh
nurse suruh mak budak plak pakai pakaian ni.
terus rasa kecut perut mak!
dah la memang dulu pun bersalin Dina kat sini gak.
Katil yang sama Aish tengah baring tu.
aaaaaaa jerit dalam hati!



Lepas kite tukar baju tu , kite pun bawak Aish masuk bilik operation.

Dokter bagi taklimat ringkas depan bilik. Telinga tak dengar apa dah rasa nak tercabot jantung kite.
dokter pesan kena jaga luka, cuci elok-elok. pantang makan ikut adat negeri masing-masing tapi dokter suh lebihkan makan protein. tukar pampers dgn kerap.

Dokter cerita sikit pasal prosedur. Memula Aish akan dipengsankan (TIDO). Lepas tu dokter akan bius supaya dia langsung tak rasa sakit di bahagian itu.

Ok done.

Masuk dalam.

Kite dukung Aish. Baringkan kat katil tu. Meronta-ronta dia taknak baring. Nak pulak dia nampak 3 4 orang pakai penutup mulut tu. Lagi dia ngeri. huuuu.


So semua terpaksa pegang tangan and kaki dia ,pakaikan mask gas tu 3 minit terus tertidur.
Pastu I kena keluar. 
Huuu baru nak teman anak.





 So I duk depan bilik ni dengan penuh debaran.
Sempat juga fikir macam-macam.
Sejak bergelar mak , kalau boleh taknak langsung anak kite disakiti, dan tanggung sakit.
Kalau boleh biar kite je tanggung sakit dia, kan?
auwwww EMOSI SEORANG EMAK
hahahaa

15 minit je proses sunat tu.




Tapi rasa macam lama. Sekejap-sekejap jengah ikut tingkap kecik tu. 

Sekejap-sekejap jengah bapak Aish lak terbaring layan mata nak tertidur kat katil aish dalam bilik. T_T

nampak tak betapa rileksnya seorang bapa dan tak rileksnya seorang mak. haha


Alhamdulillah dah settle Aish bersunat.



Kemudian nurse panggil kite masuk. Tengok Aish dah meronta-ronta separuh sedar. 

Dokter kata sebab sebelum tido tadi dia dah meronta, so bila dia bangun, dia macam teringat balik kejadian tu and sambung meronta.

Tapi dia tak sedar pon.

Dekat 15 - 20 minit jugak emosi Aish tak stabil. 
nangis meronta tanpa sedar.

Pastu kite baru teringat semalam tengah malam kite pegi belikan dia 4 ketul Thomas&Friends kat 7 eleven.

Terus tunjuk kat dia. 

Barulah dia happy and bertenang.








 Alhamdulillah anak umi memang good boy










Dalam ni adalah cebisan yang dipotong. 
Nak buat apa dengan benda ni eh korang??
Buang je la kan?? ke kena tanam?



Ada sorang nurse ni bagitau memang bagus sunatkan anak awal. atas faktor kebersihan.





 Dan tengahri tu kak Dina pun datang untuk lakukan soal siasat.

T_______T

Kenapa adik kat sini, mi?
kenapa dengan perut adik tu? 
bila adik nak balik?
adik tidur sini ke ,mi?
siapa nak teman adik?
kenapa ada choochoo (mainan train) kat sini?
boleh ke tengok tab kat hospital?


bertubi-tubi soalan dari tetamu jemputan ni.
Rasa nak bagi gas tidur je kat dina sekali.
ok gurau jeeee





kul 12 tengahari kami pun pulang ke rumah.

terkejut sangat sebab bil RM800 je.
ingatkan seperti yang diberitahu RM1200 macam tu.




Hari pertama memang terbaring je la si anak bujang umi ni.
Rindu nak tengok dia joget lompat- lompat.

Rasa kesian pun ada juga. Haha. dengan muka tak laratnya.

Hari kedua dia da start berani duduk sekejap-sekejap. Bila bosan baring dia mintak berdiri pulak.




Ada yang tanya, susah tak nak jaga?
Kite rasa tak susah pon. And luka tu nampak kemas. Cume dokter bagi gel untuk sapu je 2 kali sehari.
kerap tukar diapers dia.


Hari ketiga dah start jalan , even jalan kangkang-kangkang, tapi tetap kuat tau budak ni.

Alhamdulillah makan berselera macam biasa, lunch kalau tak habiskan 2 pinggan nasi, memang bukan Aish. Breakfast kena ada nasi k. Walaupun nasi kosong dgn kicap hahahhaaha.

Alhamdulillah semua dah selamat.
Tinggal nak tunggu sembuh sepenuhnya.



 sementara kite busy jaga budak sunat, kakak Dina bosan tahap gaban.
Die pergi main semua lipstick umi.
baiklah nakkkk.





Rasa pelik je budak aktif terbaring tak bermaya. 






ni la katil masa umi tengah tunggu nak terberanak kakak awak ni Aish

4 ulasan:

na-bi-lah berkata...

Haa lamanya tunggu blog ni update hehe. Thank u update entry psl sunat ni. Really need this info 😁😁😁

Unknown berkata...

Saya sunatkan baby boy masa dalam pantang lagi..umor 40 hari.. lagi senang nak jaga sbb belom boleh bergerak lagi kan.. nak jaga senang je.. mmg kena kerap tukar pampers.. hari k7 ring dia dah jatuh dah..hee..just sharing

Juls Julie80 berkata...

Huaaaaaaaarghhh lamanya tggu ummi dinaish update belogg.. finallyyyyyy ada jugak akhirnya..hahaha

btw,...aishh kuattt kannnnn... dah lepas satu peringkat..hihihi :p

Aqilah Lalala berkata...

Dah besar da anak sulung akak. Dulu follow je cerita akak dari akak kawen dulu hihihi 😄