Selasa, 20 September 2016

rindu nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

 Semalam 19.9.2016 kalau arwah abah masih ada lagi, abah genap umur 64 tahun.

Walaupun tak dapat nak meraikan hari lahir abah, tapi setiap masa kite tunggu saat nak jumpa dengan abah lagi. Nanti. 


Dah 9 tahun tak jumpa abah. Peritnya nak sapu airmata setiap kali tersalah sebut panggilan "abah" kat ayah mertua. Walau 9 tahun dah tak jumpa, tak hilang juga sasul tu.


Selepas 9 tahun, abah.....Hari Raya Aildilfitri tahun ni kami bawa salah sorang cucu abah untuk datang tengok "tempat abah berehat".

Alya Irdina ni teruja sangat pertama kali datang sini. Walaupun dia tak pernah jumpa atuk Salam, alhamdulillah dia pun tak pernah lupa bercerita pasal kubur atuk salam, gambar abah pun kami selalu tunjuk kat dia.






 sebak sangat bila Alya Irdina sendiri yang bacakan al-Fatihah untuk atuk dia.  Walaupun dia masih tak paham, semoga dia pun tahu 1 hari nanti kat sinilah tempat umi dan ayah dia "berehat". Dan dina dan aish jangan lupa doakan atuk salam, dan juga umi ayah nanti bila kami dah tak ada lagi.





selamat hari jadi abah. 
kami rindu abah banyak.



1 ulasan:

mshazadoes berkata...

al fatihah untuk ayahanda mu +__________+